Menu

7 Perkhidmatan Kurier Popular Di Malaysia Untuk Penghantaran Harian Dan Bisnes

Alyaa 1 week ago

Pernah tak anda berdepan situasi bungkusan lambat sampai, nombor penjejakan tidak dikemas kini, atau kos penghantaran yang lebih tinggi daripada jangkaan? Bagi individu mahupun penjual dalam talian yang kerap menghantar parcel, memilih perkhidmatan kurier yang sesuai boleh memberi kesan besar kepada kos, kelajuan penghantaran dan kepuasan pelanggan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai syarikat kurier yang menawarkan perkhidmatan dengan kelebihan masing-masing. Ada yang mempunyai liputan meluas hingga ke kawasan luar bandar, ada yang memudahkan urusan penjual e-dagang, dan ada juga yang lebih sesuai untuk penghantaran antarabangsa atau bungkusan bernilai tinggi.

Jika anda masih mencari kurier yang paling sesuai dengan keperluan, berikut ialah beberapa pilihan perkhidmatan kurier popular di Malaysia yang boleh dipertimbangkan.

1. Pos Laju (Pos Malaysia)

Pos Laju kekal sebagai antara kurier dengan liputan paling luas di Malaysia. Dengan lebih 1,000 lokasi drop-off, termasuk cawangan Pos Malaysia dan Pos Mini, ia menjadi pilihan yang praktikal untuk penghantaran dokumen penting, urusan kerajaan serta kawasan luar bandar.

Kadar penghantaran biasanya bermula sekitar RM4.50 hingga RM8 untuk bungkusan ringan dalam Semenanjung (semak kalkulator rasmi Pos Malaysia), bergantung pada berat dan lokasi penghantaran. Masa penghantaran standard pula sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Namun, kemas kini nombor penjejakan kadangkala boleh menjadi perlahan, terutamanya ketika musim puncak.

2. J&T Express

J&T Express popular dalam kalangan penjual dalam talian kerana mudah digunakan bersama platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga mempunyai banyak titik Drop Point serta rangkaian Courier Point di seluruh negara.

Ia juga menyokong Cash on Delivery (COD) dan menawarkan penjejakan masa nyata. Kadar penghantaran pula biasanya bermula sekitar RM6 untuk bungkusan ringan (semak kalkulator rasmi J&T), manakala masa penghantaran dalam Semenanjung lazimnya mengambil 1 hingga 3 hari bekerja.

3. Ninja Van

Ninja Van sesuai untuk penjual dalam talian yang mahukan sistem penghantaran lebih tersusun. Ia menyokong integrasi dengan platform seperti WooCommerce, Shopify dan SiteGiant, selain mempunyai rangkaian lebih 5,500 Ninja Point di seluruh negara.

Kadar penghantaran bermula sekitar RM6.50/kg untuk Semenanjung (rujuk laman rasmi Ninja Van), dengan potongan harga sehingga RM1 jika bungkusan dihantar melalui Ninja Point. Masa penghantaran biasanya mengambil 1 hingga 3 hari bekerja di Semenanjung, atau 3 hingga 7 hari bekerja untuk Sabah dan Sarawak. Namun, liputan antarabangsa Ninja Van lebih terhad dan penghantaran ke kawasan pedalaman mungkin mengambil masa lebih lama.

4. DHL eCommerce & Express

DHL mempunyai dua pilihan utama. DHL Express lebih sesuai untuk penghantaran antarabangsa, dokumen penting atau barangan bernilai tinggi, manakala DHL eCommerce pula lebih sesuai untuk penghantaran domestik dalam jumlah yang banyak, khususnya untuk penjual dalam talian.

Untuk DHL eCommerce, kadar 1kg dianggarkan sekitar RM7.50 bagi Semenanjung dan RM10.50 bagi Sabah dan Sarawak. Masa penghantaran biasanya sekitar 1 hingga 3 hari bekerja di Semenanjung, atau 3 hingga 7 hari bekerja untuk Sabah dan Sarawak. DHL Express turut menetapkan penyesuaian harga (semak kalkulator rasmi DHL) dengan menawarkan pilihan penghantaran lebih pantas, termasuk hari berikutnya untuk laluan tertentu. Namun, kedua-dua perkhidmatan ini tidak menyokong COD di Malaysia.

5. City-Link Express

City-Link Express telah beroperasi sejak 1979 dan menawarkan liputan di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Labuan. Ia sesuai untuk penghantaran berskala besar, kargo dan penghantaran perniagaan (semak kalkulator rasmi City-Link).

Antara kelebihannya ialah pilihan penghantaran hari sama di kawasan tertentu seperti Lembah Klang, selain perkhidmatan Parcel Guard untuk perlindungan tambahan bagi bungkusan. Masa penghantaran biasa di Semenanjung adalah sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Namun, kadar untuk bungkusan kecil mungkin kurang kompetitif berbanding kurier lain, dan kutipan hari sama tidak semestinya tersedia di semua kawasan.

6. Best Express

Best Express merupakan antara pilihan yang popular dalam kalangan penjual dalam talian kerana menawarkan perkhidmatan COD serta menyokong penghantaran untuk platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Selain penghantaran biasa, syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan kutipan bungkusan bagi memudahkan peniaga menguruskan tempahan tanpa perlu ke cawangan. BEST Express juga aktif memperluaskan rangkaian ejen dan cawangannya bagi memudahkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan logistik mereka sendiri.

Kadar penghantaran bergantung pada berat, destinasi dan jenis akaun pelanggan (semak best-inc.my), manakala tempoh penghantaran domestik lazimnya sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Dari segi perkhidmatan pelanggan, BEST Express turut menambah baik saluran sokongan serta operasi penghantaran bagi mengendalikan peningkatan jumlah bungkusan, khususnya ketika musim jualan dan kempen e-dagang. Untuk penghantaran bersaiz besar, BEST Express juga menawarkan perkhidmatan kargo yang sesuai untuk bungkusan berat atau barangan perniagaan dalam jumlah lebih besar.

7. GDEX

Ditubuhkan sejak 1997, GDEX sesuai untuk PKS dan penghantaran B2B berjadual, dengan liputan merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pada 2026, GDEX turut memperluaskan pilihan penghantaran melalui kerjasama dengan SingPost untuk laluan udara ke Singapura, dengan tempoh penghantaran sekitar 1 hingga 2 hari bekerja.. 

Kadar penghantaran bergantung pada berat dan lokasi, namun secara umum ia mungkin lebih tinggi untuk bungkusan kecil berbanding beberapa pesaing lain dengan anggaran bermula RM10 (semak kalkulator rasmi GDEX). Sistem penjejakannya juga lebih asas berbanding sesetengah kurier e-dagang.

Kesimpulan

Tiada satu perkhidmatan kurier yang sesuai untuk semua orang kerana setiap satunya menawarkan kelebihan yang berbeza. Jika anda mementingkan liputan yang luas, Pos Laju mungkin pilihan yang sesuai. Bagi penjual dalam talian, J&T Express, Ninja Van dan Best Express menawarkan pelbagai kemudahan yang memudahkan urusan penghantaran. Untuk penghantaran antarabangsa atau barangan bernilai tinggi, DHL pula lebih menyerlah, manakala City-Link Express dan GDEX lebih sesuai untuk penghantaran berskala besar atau keperluan perniagaan.

Sebelum membuat pilihan, bandingkan faktor seperti kadar penghantaran, masa penghantaran, liputan kawasan, sokongan COD dan kemudahan drop-off mengikut keperluan anda. Dengan memilih kurier yang tepat, proses penghantaran bukan sahaja menjadi lebih lancar, malah dapat membantu menjimatkan kos dan meningkatkan pengalaman penerima.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –