Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) mengumumkan perkembangan terbaharu strategi RESET, termasuk pelancaran program rintis untuk MediAsas, nama jenama rasmi bagi Pelan Asas MHIT (Medical and Health Insurance/Takaful) yang bakal memberi lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada perlindungan perubatan yang lebih mampu milik dan mampan dalam jangka panjang.
Apa itu MediAsas?

Gambar: Dr Dzulkefly Ahmad/Facebook
MediAsas akan ditawarkan sebagai pelan perlindungan insurans dan takaful berasingan (standalone), dengan dua pilihan produk:
- MediAsas Teras – pelan standard
- MediAsas Fleksi – pelan standard-plus
Pelan ini menyediakan perlindungan untuk individu sehingga umur 85 tahun, dengan kriteria kelayakan yang lebih luas berbanding pelan sedia ada.
Bila program rintis bermula?

Gambar: Dr Dzulkefly Ahmad/Facebook
Program rintis MediAsas akan dijalankan di Lembah Klang bermula hujung Julai sehingga Oktober 2026, melibatkan penyertaan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu:
- AIA Berhad
- Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
- Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
- Prudential BSN Takaful Berhad
- Etiqa Family Takaful Berhad
- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
Premium MediAsas akan ditentukan berdasarkan pengalaman tuntutan perubatan terkini serta trend inflasi kos kesihatan. Julat premium bulanan yang disasarkan adalah dalam lingkungan RM60 hingga RM550 bagi individu berumur sehingga 70 tahun semasa penyertaan. Namun, harga muktamad akan disahkan sebelum pelancaran peringkat nasional.
Inisiatif lain di bawah RESET

Gambar: Dr Dzulkefly Ahmad/Facebook
Selain MediAsas, JBMKKS turut meneruskan beberapa inisiatif utama lain:
- Rekod Perubatan Elektronik (EMR) – melalui Malaysia Digital Health Certification Network (MDHCN), bagi membolehkan pesakit mengakses dan berkongsi maklumat kesihatan merentas kemudahan awam dan swasta di bawah prinsip “One Person, One Record”.
- Pemodenan lesen kesihatan swasta – kajian menyeluruh terhadap proses pelesenan dan pendaftaran di bawah Akta 586 bagi memudahkan proses pentadbiran.
- Ketelusan bil hospital – kerjasama antara Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), syarikat insurans/takaful dan pihak berkuasa untuk membangunkan rangka kerja bersama bagi kategori dan pembentangan caj hospital, dijangka siap pada Ogos 2026.
Sebuah Lembaga Tadbir Urus Bebas (Independent Governance Board) juga akan diwujudkan untuk mengawal selia pelaksanaan penuh MediAsas kelak, bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terjaga.
Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan bahawa MediAsas direka untuk kemudahan mampu milik dalam jangka masa panjang, manakala Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menekankan peranan sistem Diagnosis-Related Groups (DRG) dalam menyokong kos kesihatan yang lebih mampan.
Perkembangan lanjut dijangka diumumkan sebaik sahaja fasa rintis selesai, sebelum pelaksanaan menyeluruh bermula Januari 2027.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

S-26 Gold Progress Perkenal Brain Visualiser Untuk Bantu Ibu Bapa Fahami Perkembangan Otak Anak
Suhu Malaysia Boleh Cecah 37.5°C Susulan El Nino, Ini Tanda-Tanda Strok Haba Yang Perlu Anda Tahu
Let’s Travel Decathlon 2026: 5 Tawaran Menarik Untuk Aktiviti Sukan dan Rekreasi
VOLTRUN 2026 Berlangsung Di Cyberjaya, Finisher 21KM Bakal Terima Voltra Recovery Halilintar Slide
Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Kembali ke Taiping, Tampilkan 5 Kategori Untuk Pelbagai Tahap Pelari
Toyota Start Your Impossible Outrun 2026 Dibuka Untuk Pendaftaran, Bakal Berlangsung 5 Julai di Putrajaya