Menu

S-26 Gold Progress Perkenal Brain Visualiser Untuk Bantu Ibu Bapa Fahami Perkembangan Otak Anak

Alyaa 1 week ago

Wyeth Nutrition menandakan pencapaian penting sempena meraikan komitmen lebih 50 tahun dalam penyelidikan perkembangan otak kanak-kanak, menerusi satu pengalaman interaktif khas di reruai S-26 Gold Progress pada TCE Baby Expo. Acara ini membuka ruang kepada ibu bapa untuk menyertai sesi perkongsian bersama pakar serta meneroka teknologi proprietari Brain Visualiser milik S-26 Gold Progress.

Sepanjang lebih lima dekad, Wyeth Nutrition telah menyumbang kepada penyelidikan berkaitan hubungan sel-sel otak, proses pemielinan serta nutrien penting seperti Sphingomyelin dan DHA, kesemuanya menyokong keupayaan kanak-kanak untuk berfikir dan belajar dengan lebih pantas. Penemuan inilah yang mendasari konsep “10x Hubungan Otak Lebih Pantas” bagi S-26 Gold Progress, sekali gus menegaskan kepentingan membina asas perkembangan otak yang kukuh sejak usia awal.

Antara tarikan utama acara ialah Brain Visualiser, sebuah pengalaman simulasi visual yang membantu ibu bapa memahami proses pembentukan hubungan sel-sel otak kanak-kanak dengan cara yang lebih mudah difahami.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Wyeth Nutrition Malaysia, Puan Yeoh She Shiang, menjelaskan bahawa Brain Visualiser direka bagi membantu ibu bapa memahami penemuan saintifik yang kompleks melalui pendekatan yang lebih menarik dan bermakna, sekali gus meraikan lebih 50 tahun penyelidikan otak syarikat itu.

“Selama lebih daripada 50 tahun, Wyeth Nutrition telah memajukan usaha untuk memperkasa pemahaman mengenai perkembangan otak kanak-kanak menerusi sains dan penyelidikan,” katanya

Program turut menampilkan sesi bersama Doktor Pakar Kanak-kanak dari 123 Child Specialist Clinic, Dr. Ryan Ng, yang berkongsi kepentingan 1,000 hari pertama kehidupan kanak-kanak, fasa di mana otak berkembang paling pesat berbanding peringkat kehidupan lain.

“Tempoh 1,000 hari pertama kehidupan kanal-kanak merupakan fasa pertumbuhan yang amat luar biasa kerana di sepanjang tempoh ini otak kanak-kanak berkembang dengan sangat cepat berbanding dengan mana-mana peringkat kehidupan yang lain,” katanya

Dr. Ryan turut turut mengaitkan kepentingan pemakanan sesuai sebagai asas nutrien penting, disokong oleh interaksi dan rangsangan harian yang berterusan.

Sesi turut dilengkapi dengan perbincangan bersama dua pempengaruh keibubapaan, Karen Kho dan Yee Fei, yang berkongsi pengalaman peribadi mengharungi cabaran sebagai ibu bapa moden termasuk cara mengenal pasti kekuatan unik anak serta memanfaatkan detik-detik kecil harian untuk menyokong tumbesaran mereka.

Yeoh turut menegaskan bahawa setiap kanak-kanak memiliki kekuatan dan potensi unik, dan peranan Wyeth Nutrition adalah membantu ibu bapa memahami cara merealisasikan potensi tersebut, sejajar dengan komitmen berterusan syarikat dalam memajukan sains otak untuk keluarga.

Aktiviti di reruai S-26 Gold Progress terbuka kepada semua pengunjung TCE Baby Expo, di mana ibu bapa boleh meneroka Brain Visualiser, menghadiri sesi perkongsian pakar, serta memperoleh panduan praktikal bagi menyokong perkembangan otak anak sepanjang tahun-tahun penting kehidupan mereka.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –