Osteoporosis sering digelar sebagai “penyakit senyap” kerana ia boleh berkembang secara perlahan tanpa sebarang kesakitan atau gejala yang jelas, sehinggalah seseorang mengalami keretakan tulang. Disebabkan sifatnya yang sukar dikesan pada peringkat awal, ramai rakyat Malaysia mungkin sebenarnya sedang hidup dengan risiko osteoporosis tanpa menyedarinya. Malah, keadaan ini diperkukuh dengan hasil satu tinjauan oleh Bone Health Alliance Malaysia, yang mendapati bahawa 82% daripada 807 responden tidak menyedari bila mereka sepatutnya mula menilai kesihatan tulang.
Bagi menangani isu tersebut, BREGO Life Sciences dan Sunway Medical Centre Penang telah menjalinkan kerjasama dengan mengintegrasikan VeriOsteo OP, sebuah perisian penilaian risiko ketumpatan mineral tulang berasaskan AI yang dibangunkan oleh Acer Medical, ke dalam aliran kerja imbasan X-ray dada sedia ada. Dengan kaedah ini, pesakit hanya perlu menjalani imbasan rutin seperti biasa, manakala VeriOsteo OP akan memberikan penilaian risiko tambahan kepada doktor bagi membantu mengenal pasti individu yang mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut.

Sejak diperkenalkan pada April 2026, hospital tersebut telah menyaring 2,954 individu berusia 21 tahun ke atas menerusi X-ray dada rutin. Daripada jumlah itu, seramai 81 orang kemudiannya dirujuk untuk penilaian DEXA secara formal berdasarkan semakan klinikal. Dalam kes-kes ini, kebanyakan individu berkenaan pada asalnya datang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan umum, dan bukannya kerana mengesyaki mereka mempunyai masalah berkaitan tulang. Tanpa penilaian ini, risiko tersebut mungkin hanya dikenal pasti apabila gejala mula muncul atau selepas berlakunya keretakan tulang.
Pengasas BREGO Life Sciences, Dr. Danny Wong berkata, salah satu cabaran terbesar dalam penjagaan kesihatan pencegahan bukan hanya terletak pada kewujudan alat penilaian yang berkesan, tetapi juga tahap kesedaran orang ramai untuk menggunakannya lebih awal. Menurutnya, pendekatan ini membolehkan penyedia penjagaan kesihatan mengenal pasti risiko yang sebelum ini mungkin tidak disedari, sekali gus membantu membimbing pesakit ke langkah susulan yang sesuai tanpa perlu menunggu mereka mendapatkan penilaian berasingan.
Namun begitu, perlu ditekankan bahawa VeriOsteo OP tidak menyediakan diagnosis atau menggantikan laluan klinikal sedia ada, sebaliknya ia berfungsi sebagai alat sokongan keputusan klinikal untuk membantu doktor mengenal pasti pesakit yang mungkin memerlukan penilaian lanjut. Pendekatan ini dilihat amat relevan terutamanya buat golongan dewasa berusia 50 tahun ke atas, wanita yang telah putus haid (menopaus), individu yang menerima terapi kortikosteroid jangka panjang, serta mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap osteoporosis.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

5 Cara Menjaga Kesihatan Jantung Melalui Perubahan Kecil Dalam Rutin Harian
Kanser Serviks Dalam Kalangan Wanita Muda Semakin Membimbangkan – Pakar
MediAsas Teras Dan Fleksi: Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelan Perubatan Asas Baharu Kerajaan
S-26 Gold Progress Perkenal Brain Visualiser Untuk Bantu Ibu Bapa Fahami Perkembangan Otak Anak
Suhu Malaysia Boleh Cecah 37.5°C Susulan El Nino, Ini Tanda-Tanda Strok Haba Yang Perlu Anda Tahu
Let’s Travel Decathlon 2026: 5 Tawaran Menarik Untuk Aktiviti Sukan dan Rekreasi