Menu

Senarai Promosi F&B Sempena 7.7, International Fried Chicken Day Dan World Chocolate Day

Alyaa 3 days ago

Jualan 7.7 bukan sekadar untuk membeli-belah dalam talian. Jenama F&B juga turut sama memeriahkan kempen ini dengan pelbagai tawaran menarik yang patut anda ketahui.

Daripada minuman premium pada harga bawah RM8, set ayam goreng berbaloi, hinggalah tawaran sempena World Chocolate Day dan International Fried Chicken Day yang berlangsung hampir serentak minggu ini, ada banyak sebab untuk anda keluar makan atau singgah membeli minuman.

Bagi memudahkan perancangan anda, kami telah mengumpulkan beberapa promosi yang boleh dipertimbangkan sepanjang tempoh ini.

1. emart24

emart24 menawarkan promosi 7.7 Deal dengan pelbagai pilihan K-food dan minuman pada harga RM7.70 setiap satu, eksklusif untuk ahli emart24.

Tarikh: 6 – 8 Julai 2026

Pilihan item promosi:

  • Bulgogi Beef / Chicken Cupbap
  • Cornflakes Mixed Corn Sausage
  • Iced Spanish Latte / Iced Matcha Latte / Iced Strawberry Matcha Latte

Terma dan syarat:

  • Perlu menunjukkan Membership QR Code emart24 di kedai untuk menikmati tawaran ini
  • Sah di semua kedai emart24 dan aplikasi emart24
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook emart24

2. Nasken Coffee

Nasken Coffee menawarkan promosi 7.7 dengan minuman terpilih pada harga RM7.70 sahaja, sah dalam tempoh waktu pagi yang terhad.

Tarikh: 6, 7 & 8 Julai 2026
Masa: 7.00 pagi – 11.00 pagi

Pilihan minuman:

  • Latte
  • Spanish Latte
  • Latte Butterscotch
  • Honey Lemon Sparkling
  • Ice Lemon Tea

Terma dan syarat:

  • Sah selama 3 hari sahaja
  • Terhad kepada waktu 7.00 pagi hingga 11.00 pagi
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Nasken Coffee

3. Nasken Coffee

Nasken Coffee turut menawarkan promosi Happy Hour dengan diskaun 50% untuk hidangan kedua daripada menu terpilih, sah pada dua slot waktu sehari.

Tarikh: 7 – 9 Julai 2026
Masa: 12.00 tengah hari – 3.00 petang & 6.00 petang – 9.00 malam

Pilihan menu:

  • Chicken Chop
  • Nasi Lemak Chicken Chop
  • Pasta Bolognese

Terma dan syarat:

  • Sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali Airport & Express
  • Diskaun 50% untuk hidangan kedua apabila membeli 2 hidangan daripada menu promosi dalam satu transaksi
  • Pesanan hendaklah dibuat melalui Scan Kod QR di meja sahaja
  • Gunakan kod promosi: 2NDFOODJULY
  • Terhad kepada 1 penebusan setiap hari bagi setiap pelanggan
  • Tidak boleh digabungkan dengan promosi, diskaun, baucar atau tawaran lain
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok

Maklumat lanjut: Facebook Nasken Coffee

4. Krispy Kreme

Krispy Kreme menawarkan promosi sempena World Chocolate Day dengan Box of 6 Chocolate Iced Glazed pada harga RM15 sahaja, turun daripada harga asal RM24.50.

Tarikh: 7 Julai 2026 sahaja

Terma dan syarat:

  • Sah pada 7 Julai 2026 sahaja
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Krispy Kreme Malaysia

5. Mikhael Fried Chicken

Mikhael Fried Chicken menawarkan promosi 7.7 sehari sahaja dengan pelbagai pilihan set ayam goreng dan nugget pada harga istimewa, sah untuk walk-in sahaja.

Tarikh: Selasa, 7 Julai 2026
Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang & 5.00 petang – 9.00 malam

Pilihan set promosi:

  • 6 ketul ayam — RM20
  • 9 ketul ayam + 1 ketul percuma — RM30
  • 5 ketul Chicken Nugget — RM5

Lokasi:

  • Mikhael Fried Chicken, Tempat Letak Kereta Bertingkat, Presint 4, 62000 Putrajaya

Terma dan syarat:

  • Walk-in sahaja, tiada online order
  • Terhad 2 set setiap pembelian
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Mikhale Fried Chicken

6. Burger King

Burger King menawarkan promosi 7.7 dengan set Mushroom Swiss with Coke (M) pada harga RM10 sahaja menggunakan kod promosi khas, sah selama 2 hari.

Tarikh: 7 – 8 Julai 2026

Terma dan syarat:

  • Gunakan kod promosi: R32A
  • Sah selama 2 hari sahaja
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Burger King Malaysia

7. Jollibee

Jollibee menawarkan promosi sempena International Fried Chicken Day dengan 2 Chickenjoy® Meals pada harga RM20 sahaja.

Tarikh: 6 – 8 Julai 2026

Terma dan syarat:

  • Tidak tersedia di KLIA2
  • Tidak sah untuk pesanan delivery
  • Semua harga termasuk 6% SST
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Jollibee Malaysia

8. Marrybrown

Marrybrown menawarkan promosi 7.7 Deals eksklusif melalui aplikasi MB dengan pelbagai pilihan menu kegemaran bermula RM7.70 sahaja.

Tarikh: 6 – 8 Julai 2026

Pilihan set promosi:

  • 1-pc Ayam Goreng MB® + Fanta® Grape (R) — RM7.70 (harga asal RM11.95)
  • Cheesy Burger — RM7.70 (harga asal RM9.50)
  • 2x French Fries (R) — RM7.70 (harga asal RM11.00)

Terma dan syarat:

  • Perlu ditebus melalui aplikasi MB
  • Sah untuk dine-in dan takeaway
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Marrybrown Malaysia

9. Churros Plus

Churros Plus menawarkan promosi sempena World Chocolate Day dengan Heart Filling Belgian Chocolate pada harga RM4.90 dengan pembelian minimum RM9.90.

Tarikh: 7 Julai 2026 sahaja

Terma dan syarat:

  • Sah pada 7 Julai 2026 sahaja
  • Minimum pembelian RM9.90
  • Boleh ditempah melalui aplikasi Cornery Food atau terus di outlet Churros+ terdekat
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Churros Plus

10. Kenangan Coffee

Kenangan Coffee menawarkan promosi 7.7 Double Date Deals dengan minuman terpilih bersaiz regular pada harga RM5.50 sepanjang hari, eksklusif melalui aplikasi.

Tarikh: 7 Julai 2026 sahaja

Pilihan minuman:

  • Americano, Latte, Cappuccino
  • Ice Shaken Strawberry Tea, Ice Shaken Passion Fruit Tea, Ice Shaken Yuzu Tea
  • Sparkling Berry Blush Americano, Berry Blush Latte, Berry Blush Chocolate

Terma dan syarat:

  • Sah untuk minuman bersaiz regular sahaja
  • Caj tambahan dikenakan untuk topping atau add-on minuman
  • Tidak sah digabungkan dengan promosi, tawaran, set menu, diskaun, baucar atau privilege card lain
  • Sah di semua outlet Kenangan Coffee kecuali KLIA2 dan KKIA
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Kenangan Coffee Malaysia

11. Kenangan Coffee

Kenangan Coffee turut menawarkan promosi sempena World Chocolate Day dengan 2 minuman coklat kegemaran pada harga RM19.90, sah Isnin hingga Jumaat sahaja.

Tarikh: 1 – 10 Julai 2026 (Isnin – Jumaat sahaja)

Pilihan set:

  • Iced Chocolate (Regular)
  • Signature Double Chocolate Frappe (Regular)

Terma dan syarat:

  • Sah untuk 1 Iced Chocolate regular dan 1 Signature Double Chocolate Frappe regular
  • Sah Isnin hingga Jumaat sahaja
  • Tidak sah digabungkan dengan promosi, diskaun, baucar atau privilege lain
  • Sah di semua outlet Kenangan Coffee kecuali KLIA2 dan KKIA
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok

Maklumat lanjut: Facebook Kenangan Coffee Malaysia

12. J.Co Donuts & Coffee

J.Co menawarkan promosi sempena World Chocolate Day dengan minuman coklat terpilih pada harga RM10, serta pilihan tambah donut coklat pada harga RM2 sahaja.

Tarikh: 6 – 7 Julai 2026

Pilihan minuman (saiz UNO):

  • Hot / Iced Chocolate
  • Hazelnut Chocolate
  • Chocomint
  • White Chocolate

Pilihan donut coklat tambahan (RM2):

  • Coco Loco, Meisissippi, Caviar Chocolate, Crunchy Crunchy, Forest Glam, Don Mochino, Black Jack, Rainbow Chocolate

Terma dan syarat:

  • Sah untuk walk-in / takeaway sahaja
  • Sah di outlet J.Co Malaysia yang terlibat
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook J.CO Malaysia

13. Wallace

Wallace menawarkan promosi sempena International Fried Chicken Day dengan 3 ketul ayam goreng pada harga RM12 sahaja, sah selama 2 hari.

Tarikh: 6 – 7 Julai 2026

Terma dan syarat:

  • Sah selama 2 hari sahaja
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Wallace Malaysia

14. Shihlin Taiwan Street Food

Shihlin Taiwan Street Food menawarkan promosi sempena International Fried Chicken Day dengan 2 XXL Crispy Chicken pada harga RM25, terhad untuk 100 pelanggan pertama setiap outlet setiap hari.

Tarikh: 6 – 8 Julai 2026

Terma dan syarat:

  • Sah di semua outlet Shihlin Taiwan Street Food
  • Terhad kepada 100 pelanggan pertama setiap outlet, setiap hari
  • Terhad kepada 1 penebusan setiap pelanggan
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Shihlin Taiwan Street Food Malaysia

15. Bingxue

Bingxue menawarkan promosi Mix & Match sempena FIFA Quarter-Finals dengan diskaun RM2 untuk setiap pembelian 2 minuman terpilih.

Tarikh: 9 – 12 Julai 2026

Terma dan syarat:

  • Pilih mana-mana 2 minuman daripada 8 pilihan yang terlibat
  • Nikmati diskaun RM2 daripada jumlah bil
  • Sah di semua outlet Bingxue Malaysia
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Bingxue Malaysia

16. Bingxue

Bingxue turut menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk keseluruhan siri minuman kopi sepanjang bulan Julai 2026.

Tarikh: 1 – 31 Julai 2026

Terma dan syarat:

  • Sah untuk siri kopi panas dan sejuk
  • Sah di semua outlet Bingxue Malaysia
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook Bingxue Malaysia

17. SHUYI Grass Jelly & Tea

SHUYI menawarkan 800 minuman percuma setiap hari sempena sambutan pensijilan Halal mereka, terhad di outlet terpilih sahaja bermula jam 11.00 pagi.

Tarikh: 6 – 7 Julai 2026
Masa: Bermula 11.00 pagi

Lokasi terlibat:

  • Pavilion KL
  • MidValley Megamall
  • Austin Crest
  • KK Imago

Terma dan syarat:

  • 800 minuman percuma tersedia setiap hari, tertakluk kepada ketersediaan stok
  • Terhad kepada 1 penebusan setiap pelanggan
  • Minuman percuma tidak boleh ditukar saiz cawan atau tambah / kurangkan topping
  • Tahap gula dan ais boleh disesuaikan mengikut pilihan
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

Maklumat lanjut: Facebook SHUYI Malaysia

Minggu ini sememangnya dipenuhi dengan pelbagai tawaran menarik. Ada tawaran sempena jualan 7.7, ada yang meraikan International Fried Chicken Day dan World Chocolate Day, malah ada juga promosi yang mengambil inspirasi daripada kemeriahan kejohanan bola sepak. Terpulang kepada anda untuk memilih tawaran yang paling berbaloi mengikut citarasa dan bajet.

Sebelum berkunjung ke mana-mana outlet, pastikan anda menyemak terlebih dahulu syarat setiap promosi seperti tempoh dan waktu penebusan, had pembelian, keperluan kod promosi, serta sama ada tawaran hanya sah untuk ahli aplikasi, dine-in, takeaway atau walk-in sahaja. 


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –