CHAGEE, jenama teh antarabangsa popular, kini mengumumkan kerjasama istimewa bersama karya klasik kegemaran ramai, The Little Prince. Menerusi kolaborasi ini, CHAGEE membawa dunia The Little Prince ke Malaysia menerusi koleksi edisi terhad yang merangkumi minuman matcha baharu, barangan eksklusif serta pengalaman khas untuk peminat.
Diilhamkan daripada mesej cerita tersebut mengenai kesucian, kesederhanaan serta melihat dunia dengan hati yang bersih, kolaborasi ini memperkenalkan Siri Matcha edisi terhad baharu sebagai peringatan ringkas untuk menikmati suasana tenang dan menghargai setiap detik yang bermakna.

Menurut Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Eason Fang, penghargaan terhadap kesederhanaan dan keaslian inilah yang menjadikan The Little Prince amat sesuai untuk kolaborasi ini.
“Kami mahu mengekalkan kelazatan sebenar matcha dan menitikberatkan proses penyediaan bagi menyerlahkan karakter semula jadinya dalam setiap cawan. Mesejnya untuk melihat dunia dengan hati yang bersih dan jujur amat bertepatan dengan CHAGEE,” katanya.

Antara sorotan utama kolaborasi ini adalah pengenalan minuman baharu, iaitu Lime Cheese Matcha Latte, ke dalam Siri Matcha CHAGEE untuk masa terhad. Minuman ini menggabungkan matcha, limau dan keju berkrim yang diimbangi dengan teliti, menjadikannya kaya dan menyegarkan. Bagi yang inginkan lebih keistimewaan, pilihan Cheese Cap turut disediakan, menambah lapisan krim keju lembut di atas untuk rasa yang lebih mewah.
Untuk yang ingin mencubanya, berikut adalah harga bagi setiap minuman dalam Siri Matcha:
- Jasmine Matcha Pure Tea – RM11.90 (panas atau sejuk)
- Lime Cheese Matcha Latte – RM14.90 (sejuk sahaja)
- Lime Cheese Matcha Latte with Cap – RM16.90 (sejuk sahaja)
Selain minuman, kolaborasi ini turut dibawa ke seluruh pengalaman CHAGEE menerusi rekaan khas pada kedai dan cawan, serta pelbagai barangan eksklusif bertemakan The Little Prince.

Antara barangan menarik yang ditawarkan termasuk:
- Little Card – percuma dengan sebarang minuman matcha
- The Crown Headband – dari RM23.80 (pakej bundle)
- The Fox Sleep Mask – dari RM23.80 (mulai 11 September)
- Stardust Tote Bag – dari RM39.90
- Green Wonder Tumbler – dari RM89.90
- Stardust Tumbler Bundle – dari RM120.90
Perlu diambil perhatian, sebahagian barangan ini hanya boleh didapati menerusi pembelian di Aplikasi CHAGEE, dan terhad kepada satu unit setiap resit bagi setiap pelanggan.
Dalam pada itu, menurut Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Perhubungan Awam CHAGEE Malaysia, Adli Amirullah, sebahagian besar cawangan CHAGEE di bawah Chagee (M) Sdn. Bhd. kini telah menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM. Manakala cawangan yang masih belum memperoleh pensijilan halal kini dalam proses mendapatkannya.

Bagi menyemarakkan lagi kerjasama ini, CHAGEE turut menganjurkan Journey of the Heart, sebuah aktiviti khas di mana pengunjung boleh menyelami dunia The Little Prince. Pengalaman ini berlangsung dari 21 hingga 27 September 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur.
Pengunjung hanya perlu mendaftar menerusi Aplikasi CHAGEE serta mengikuti CHAGEE di media sosial untuk mengambil bahagian.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Eco-Shop Himpunkan Hampir 300 Kanak-Kanak Menerusi Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Spritzer Sparkling Lancar ‘Reset Rasa’ untuk Hidupkan Semula Pengalaman Menikmati Makanan
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek