Sempena menyemarakkan lagi semangat Merdeka, Eco-Shop telah menganjurkan pertandingan mewarna dengan tema ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’, yang menghimpunkan hampir 300 kanak-kanak di Kompleks Komuniti Muhibbah, Kuala Lumpur.
Menerusi kreativiti dan ekspresi diri, inisiatif ini bertujuan menggalakkan kanak-kanak meneroka apa erti Malaysia buat mereka, di samping merapatkan hubungan komuniti dalam meraikan semangat kebangsaan.
Pertandingan ini menyaksikan penyertaan murid dari lebih 15 buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur. Mereka mewarnakan karya seni asli hasil kolektif kreatif tempatan, Projek SembangSembang, menggunakan alat tulis jenama Eco-Shop iaitu KREATI.

Ketua Pegawai Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata, kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka makna Malaysia buat mereka, sekali gus memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap budaya dan identiti negara.
“Pertandingan mewarna ini memberi peluang kepada murid untuk meluahkan apa erti Malaysia buat mereka menerusi seni. Kami berharap ia menggalakkan mereka meraikan kreativiti serta membina rasa kekitaan yang lebih kuat terhadap negara ini,” katanya.
Daripada 252 peserta pertandingan, seramai 55 murid telah dipilih sebagai pemenang, terdiri daripada lima pemenang utama dan 50 pemenang saguhati.

Lima pemenang utama masing-masing menerima hadiah wang tunai antara RM100 hingga RM1,500. Selain itu, sekolah mereka turut menerima ganjaran, di mana SJK(C) Mun Choong dan SK Seri Permaisuri masing-masing menerima dana peningkatan sekolah bernilai RM10,000 dan RM5,000.
SK Desa Petaling pula menerima RM3,000 bagi tempat ketiga dan RM1,000 dalam bentuk baucar bagi tempat keempat, manakala SK Kampong Bharu menerima baucar bernilai RM500 bagi tempat kelima. Bagi 50 pemenang saguhati, setiap seorang menerima baucar Eco-Shop bernilai RM100.

Acara ini turut disertai 44 kanak-kanak dari rumah kebajikan, iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu serta Suriana Welfare Society Malaysia, yang turut serta dalam keceriaan mewarna sepanjang hari. Sebagai tanda penghargaan, rumah kebajikan yang terlibat turut menerima sumbangan daripada Eco-Shop.
Pertandingan mewarna ini menandakan kemuncak kepada kempen ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’ Eco-Shop, yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Spritzer Sparkling Lancar ‘Reset Rasa’ untuk Hidupkan Semula Pengalaman Menikmati Makanan
ART KL 2026: Karya Seni Generasi Baharu Asia Tenggara Bakal Warnai APW Bangsar Oktober Ini
HONOR Bawa Robot Humanoid ke Malaysia, Bakal Sertai Malaysia Marathon dan Perarakan Hari Kebangsaan
MPL Malaysia Musim 18 Kini Bermula, 8 Pasukan Rebut Kejuaraan dan Slot ke Kejohanan Dunia M8
Munchy’s Sambut Ulang Tahun Ke-35 dengan Sumbangan Produk RM500,000 Sempena HKHM 2026