Menu

Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi

Alyaa 6 days ago

Permohonan sukarelawan bagi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 kini rasmi dibuka. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menawarkan peluang kepada 500 orang sukarelawan untuk bertugas sempena perlumbaan yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu dari 2 hingga 4 Oktober 2026. 

Permohonan telah dibuka bermula 2 September 2026 secara dalam talian menerusi platform Sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Namun, hanya 500 orang sukarelawan akan dipilih. Oleh itu, mereka yang berminat digalakkan untuk membuat permohonan secepat mungkin sebelum semua kekosongan diisi.

Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 18 tahun dan ke atas.
  • Sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit.
  • Berdisiplin, berintegriti, boleh bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (kebolehan berbahasa asing adalah satu kelebihan).

Sukarelawan yang terpilih akan bertugas di bawah seliaan JBSN menerusi inisiatif Rakan Muda, dan akan ditempatkan mengikut empat skop tugas utama, iaitu Perkhidmatan pelanggan, Tiket dan kemasukan, peerhubungan atau penyambut tetamu, serta pengurusan kawasan MADANI.

Jadi, inilah peluang untuk anda merasai sendiri pengalaman bertugas di litar, memahami selok-belok penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjayakan perlumbaan berprestij ini.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –