Netflix sekali lagi menaikkan harga langganannya di Malaysia, dengan kenaikan antara RM1 hingga RM7 sebulan bergantung pada pelan yang anda langgan. Harga baharu ini terpakai merentas kesemua peringkat langganan dan sudah pun berkuat kuasa serta-merta seperti yang tersenarai di laman web rasmi Netflix.
Kenaikan ini sebenarnya susulan daripada semakan harga yang dibuat Netflix di pasaran Amerika Syarikat pada Mac lalu. Ketika itu, ia hanya terpakai kepada pengguna di AS, dan kini nampaknya giliran pelanggan Malaysia pula.

Berikut adalah senarai penuh harga langganan Netflix yang baharu di Malaysia:
- Pelan Mobile: RM19.90 sebulan (daripada RM18.90).
- Pelan Basic: RM33.90 sebulan (daripada RM29.90)
- Pelan Standard: RM55.90 (daripada RM49.90)
- Pelan Premium: RM69.90 (daripada RM62.90)
Bukan itu sahaja, jika anda berkongsi akaun Netflix Standard atau Premium dengan keluarga atau rakan yang tidak tinggal serumah, anda turut akan terkesan. Ini kerana kos untuk menambah slot Ahli Tambahan (Extra Member) turut dinaikkan daripada RM13 kepada RM14.90 sebulan bagi setiap pengguna.
Menerusi kenaikan ini, Netflix menyatakan bahawa pelarasan harga tersebut bertujuan untuk menyokong penambahbaikan berterusan terhadap perkhidmatan serta kandungan mereka. Ini bukanlah kali pertama Netflix menaikkan harga di Malaysia. Kenaikan terbaharu ini berlaku kurang dua tahun selepas semakan harga terakhir pada November 2024, yang menyaksikan pelan Premium dinaikkan daripada RM55 kepada RM62.90.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA