Google terus memperluaskan keupayaan Gemini dengan menambah satu lagi fungsi generatif baharu, kali ini dalam bentuk penciptaan muzik. Menerusi integrasi Lyria 3.5, pengguna kini boleh menghasilkan lagu terus dalam aplikasi Gemini berdasarkan arahan teks atau imej yang diberikan.
Sebelum ini, Lyria hanya boleh diakses menerusi platform Google Flow Music. Kini, menerusi kemas kini terbaharu ini, sesiapa sahaja boleh mencipta muzik secara terus dalam aplikasi Gemini serta menerusi Gemini API. Menurut Google, Lyria 3.5 membawa vokal yang lebih ekspresif serta susunan muzik yang lebih kaya, sekali gus menghasilkan lagu berkualiti tinggi.
Dalam aplikasi Gemini, anda kini boleh mencipta lagu dengan beberapa cara mudah, iaitu:
- Memilih atau menerangkan genre yang diingini, serta memilih antara gaya vokal atau instrumental.
- Menggunakan templat baharu untuk mencetuskan idea, sama ada untuk muzik latar mahupun lagu hari jadi yang tersendiri.
- Memilih untuk menghasilkan lagu yang pendek atau lebih panjang, sehingga tiga minit.
Lyria 3.5 boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis kandungan muzik, daripada muzik latar video dan jingle jenama hinggalah nada dering peribadi. Lagu juga boleh dijana bukan sahaja melalui arahan teks (prompt), tetapi berdasarkan gambar. Setiap lagu yang dihasilkan dalam aplikasi Gemini turut disertakan dengan seni kulit (cover art) tersendiri yang dijana menggunakan model Nano Banana.
Seperti kebanyakan produk AI generatif Google yang lain, aspek ketelusan turut diberi perhatian. Setiap lagu yang dihasilkan menerusi Lyria 3.5 akan ditanda dengan SynthID, iaitu tera air digital yang tidak kelihatan dan tidak boleh didengari, membolehkan sesebuah lagu dikenal pasti sebagai hasil janaan AI.
Selain itu, Google turut menegaskan bahawa Lyria dilatih menggunakan kandungan berlesen, di samping mempunyai kawalan yang menghalang peniruan suara artis sebenar serta penghasilan lirik yang mempunyai hak cipta.
Lyria 3.5 kini tersedia untuk semua pengguna di seluruh dunia menerusi versi web dan aplikasi mudah alih Gemini. Ia turut tersedia buat artis dan kreatif AI menerusi Google Flow Music, serta buat para pembangun (developer) menerusi Google AI Studio dan Google Vids.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
Samsung Kemas Kini Harga Galaxy A57 5G dan A37 5G, Berkuat Kuasa 7 September