Menu

Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Alyaa 6 days ago

Telefon pintar kini sudah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi dan mengambil gambar, malah turut membantu kita melakukan transaksi perbankan, membuat pembayaran serta menyimpan pelbagai maklumat penting. Dengan begitu banyak urusan harian kini bergantung padanya, telefon seolah-olah menjadi teman tetap yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

Namun, dengan peranan telefon yang begitu penting dalam kehidupan seharian, berapa lamakah sebenarnya ia patut digunakan sebelum ditukar kepada model baharu? Dalam hal ini, ada pengguna yang menukar telefon setiap beberapa tahun, manakala ada juga yang terus menggunakannya sehingga rosak.

Sebenarnya, usia semata-mata tidak semestinya menjadi alasan untuk menggantikan peranti selagi ianya masih berfungsi dengan baik dan selamat digunakan. Sebaliknya, terdapat beberapa faktor lain yang lebih penting untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk beralih kepada telefon baharu.

Kenapa Kita Akhirnya Perlu Menukar Telefon?

Salah satu tanda yang paling mudah disedari adalah apabila bateri peranti mula cepat habis. Telefon yang dahulunya mampu bertahan sepanjang hari mungkin perlu dicas sehingga tiga ke empat kali sehari selepas beberapa tahun digunakan. Keadaan ini berlaku kerana prestasi bateri akan merosot secara semula jadi selepas melalui banyak kitaran pengecasan. Walaupun telefon masih berfungsi dengan baik, bateri yang terlalu cepat habis akhirnya boleh menjejaskan penggunaan harian.

Satu lagi faktor yang mungkin kurang disedari ialah tempoh sokongan perisian, khususnya kemas kini keselamatan. Telefon hari ini menyimpan pelbagai maklumat peribadi dan digunakan untuk mengakses banyak perkhidmatan penting. Apabila sokongan keselamatan tamat, peranti tidak lagi menerima kemas kini keselamatan baharu. Ianya mungkin masih kelihatan elok dan berfungsi seperti biasa, tetapi perlindungan perisian yang semakin ketinggalan boleh meningkatkan risiko ancaman keselamatan.

Prestasi juga boleh menjadi faktor selepas beberapa tahun. Aplikasi dan sistem operasi yang semakin baharu lazimnya memerlukan perkakasan yang lebih berkuasa. Telefon lama akan mula terasa perlahan, manakala sesetengah aplikasi atau ciri terkini mungkin tidak lagi serasi dengan versi sistem operasi yang digunakan.

Selain itu, keadaan fizikal telefon juga perlu diambil kira. Skrin yang retak, port pengecasan yang bermasalah, kerosakan akibat terkena cecair serta kesan daripada hentakan atau jatuhan berulang kali boleh menjejaskan ketahanan dan memendekkan jangka hayat peranti.

Maksudnya, telefon tidak semestinya perlu ditukar hanya kerana sudah berusia tiga atau empat tahun. Keadaan bateri, tempoh sokongan keselamatan, prestasi dan keadaan fizikal sebenarnya lebih penting dalam menentukan sama ada telefon tersebut masih sesuai digunakan.

Kenapa Kemas Kini Keselamatan Sangat Penting?

Apabila bercakap tentang kemas kini telefon, ramai yang mungkin keliru antara kemas kini sistem operasi (OS) dengan kemas kini keselamatan. Kemas kini OS biasanya membawa versi sistem yang lebih baharu, termasuk ciri baharu, perubahan pada antara muka serta penambahbaikan fungsi. Kemas kini keselamatan pula memberi tumpuan kepada pembaikan kelemahan atau ancaman keselamatan yang dikenal pasti bagi memastikan peranti terus selamat dan dilindungi.

Perkara ini menjadi semakin penting memandangkan telefon kini bukan lagi digunakan untuk membuat panggilan atau menghantar mesej semata-mata, malah turut menjadi alat utama untuk pelbagai urusan peribadi seperti perbankan dalam talian, pembayaran tanpa tunai, urusan kerja serta penyimpanan maklumat.

Oleh sebab itu, tempoh sokongan perisian dan keselamatan sepatutnya menjadi antara spesifikasi yang perlu diperiksa sebelum membeli telefon baharu, sama seperti kamera, pemproses, storan dan kapasiti bateri.

Mahu Guna Telefon Lebih Lama? Cari Model Yang Memang Direka Untuk Bertahan

Berita baiknya, sokongan penggunaan jangka panjang kini tidak lagi terhad pada telefon mercu. Telefon kelas pertengahan juga semakin banyak dilengkapi ciri yang membolehkan peranti digunakan dengan baik untuk tempoh yang lebih lama.

Salah satu daripadanya ialah REDMI Note 17 Pro Max 5G. Model ini menawarkan empat tahun kemas kini sistem operasi serta enam tahun kemas kini keselamatan. Tempoh sokongan sebegini memberi lebih ruang kepada pengguna untuk terus menggunakan peranti dalam jangka masa panjang tanpa perlu menukarnya hanya kerana sokongan perisian telah tamat.

Jadi, apabila membeli telefon baharu, jangan hanya melihat apa yang mampu dilakukan oleh telefon itu pada hari pertama. Pertimbangkan juga sama ada peranti tersebut masih mampu memenuhi keperluan anda dan terus menerima sokongan untuk beberapa tahun ke hadapan.

Perisian Boleh Bertahan Lama, Tapi Bagaimana Dengan Bateri?

Sokongan perisian yang panjang sahaja tidak mencukupi sekiranya prestasi bateri merosot terlalu cepat. Atas sebab itu, REDMI Note 17 Pro Max 5G turut memberi penekanan terhadap aspek bateri menerusi penggunaan bateri Silicon-Carbon berkapasiti 10,000mAh, menjadikannya peranti Xiaomi pertama yang hadir dengan kapasiti sebesar itu.

Kapasiti bateri tersebut mampu menawarkan ketahanan sehingga tiga hari dengan sekali pengecasan bagi penggunaan sederhana. Bateri berkapasiti besar juga membantu mengurangkan keperluan untuk mengecas telefon dengan kerap dalam penggunaan seharian.

Apa yang lebih penting ialah ketahanan baterinya, yang direka untuk mengekalkan lebih 80% daripada kapasiti asal walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan penuh. Dengan anggaran satu kitaran pengecasan penuh setiap dua hari, bateri ini berpotensi menyokong penggunaan selama lebih enam tahun, bergantung pada corak penggunaan dan cara pengecasan.

Kebiasaannya, bateri berkapasiti besar hadir dengan kompromi dari segi tempoh pengecasan. Namun, REDMI Note 17 Pro Max 5G menyokong teknologi pengecasan pantas 100W HyperCharge, yang membolehkan pengecasan selama 20 minit memberikan kuasa mencukupi untuk penggunaan sepanjang hari.

Telefon ini turut menyokong pengecasan berbalik berwayar sehingga 27W, membolehkannya menyalurkan kuasa kepada telefon pintar atau aksesori lain yang serasi apabila diperlukan. Secara tidak langsung, bateri besar bukan sahaja memberi manfaat kepada telefon sendiri, malah boleh berfungsi sebagai sumber kuasa untuk peranti lain.

Kalau Nak Guna Bertahun-tahun, Telefon Kena Tahan Lasak Juga

Selain perisian dan bateri, terdapat satu lagi aspek yang tidak kurang penting apabila bercakap tentang jangka hayat telefon, iaitu ketahanan fizikal. Semakin lama telefon digunakan, semakin tinggi kemungkinan ia terdedah kepada hentakan, jatuhan, percikan air, atau kemalangan kecil dalam penggunaan harian.

Untuk itu, REDMI Note 17 Pro Max 5G dibina dengan REDMI Titan Structure serta dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan. Gabungan ini memberikan perlindungan tambahan terhadap hentakan dan kerosakan yang boleh berlaku sepanjang hari.

Dari segi perlindungan terhadap air dan habuk, REDMI Note 17 Pro Max 5G hadir dengan penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K. Penarafan ini memberikan tahap perlindungan yang lebih menyeluruh untuk menghadapi pelbagai situasi harian yang melibatkan pendedahan kepada air dan habuk. Walau bagaimanapun, tahap perlindungan tersebut juga boleh berkurangan akibat penggunaan serta kehausan dari semasa ke semasa.

Ketahanan fizikal sebegini menjadi lebih penting bagi telefon yang digunakan secara aktif setiap hari. Ini kerana kerosakan besar pada komponen utama boleh menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kos pembaikan atau menggantikan peranti lebih awal daripada yang dirancang.

REDMI Note 17 Pro Max 5G: Telefon Kelas Pertengahan Yang Boleh Digunakan Lebih Lama

Dalam pasaran telefon kelas pertengahan yang sering berlumba untuk menawarkan kamera lebih baik, prestasi lebih pantas dan pengecasan lebih laju, REDMI Note 17 Pro Max 5G turut memberi perhatian kepada satu aspek yang kurang diberi perhatian, iaitu keupayaan telefon untuk terus digunakan dengan baik dalam tempoh yang lebih panjang.

Gabungan empat tahun kemas kini OS, enam tahun kemas kini keselamatan, bateri Silicon-Carbon 10,000mAh yang direka untuk mengekalkan lebih 80% kapasiti selepas 1,600 kitaran pengecasan serta binaan REDMI Titan Quality menjadikannya antara pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh pengguna yang menginginkan telefon yang boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

Perlindungan selepas pembelian yang ditawarkan juga selari dengan pendekatan tersebut. REDMI Note 17 Pro Max 5G hadir dengan waranti bateri selama lima tahun, perlindungan skrin selama tiga tahun, perlindungan kerosakan akibat cecair selama dua tahun, waranti penutup belakang selama dua tahun serta waranti kualiti selama dua tahun.

Ini bermakna, bukan sahaja tempoh sokongan perisian diberi perhatian, malah beberapa aspek yang boleh mempengaruhi jangka hayat telefon turut direka untuk menyokong penggunaan dalam tempoh yang lebih lama.

Apa Lagi Yang Ditawarkan REDMI Note 17 Pro Max 5G?

Bagi melengkapkan pengalaman penggunaan, REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen 5 dan dilengkapi skrin CrystalRes AMOLED 1.5K bersaiz 6.83 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 3,500 nit.

Untuk fotografi, telefon ini mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera hadapan 32MP. Ia turut dilengkapi dwi-pembesar suara dengan peningkatan kelantangan sehingga 400%, selain menyokong Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.

Satu lagi ciri menarik ialah Underwater Mode yang boleh digunakan di dalam air. Apabila mod ini diaktifkan, butang kelantangan atas boleh digunakan untuk mengambil gambar, manakala butang kelantangan bawah berfungsi untuk merakam video. Butang kuasa pula boleh digunakan untuk mematikan skrin, sementara menekan lama butang tersebut akan keluar daripada Underwater Mode dan mengaktifkan fungsi pengeluaran air daripada pembesar suara.

Dari segi rekaan, REDMI Note 17 Pro Max 5G akan ditawarkan dalam warna Cloud Blush, Purple dan Black untuk pasaran tempatan, dengan pilihan memori 8GB RAM bersama storan 256GB atau 512GB. 

Pra-Tempahan REDMI Note 17 Pro Max 5G Bermula 2 September

REDMI Note 17 Pro Max 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,999 untuk varian 8GB RAM dengan storan 256GB, manakala varian dengan storan 512GB pula berharga RM2,299. Namun, sempena promosi pembelian awal yang berlangsung dari 5 hingga 30 September 2026, kedua-dua varian boleh didapati pada harga lebih rendah, iaitu RM1,799 untuk storan 256GB dan RM2,099 untuk storan 512GB.

Bagi yang berminat, pra-tempahan dalam talian REDMI Note 17 Pro Max 5G akan dibuka bermula 2 September selepas jam 8 malam hingga 4 September 2026 menerusi mi.com serta Xiaomi Official Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. 

Pembeli yang layak akan menerima REDMI Headphones Neo dan Xiaomi Smart Band 9 Active sebagai hadiah percuma. Selain itu, terdapat juga manfaat digital yang disediakan merangkumi langganan YouTube Premium selama dua bulan dan Google One dengan storan awan 200GB selama enam bulan.

Kesimpulannya, waktu terbaik untuk menukar telefon bukanlah apabila peranti mencecah usia tertentu. Selagi bateri masih mampu memenuhi keperluan harian, perisian masih menerima sokongan keselamatan, prestasinya mencukupi dan keadaan fizikalnya masih baik, tiada sebab untuk tergesa-gesa menggantikannya.

Jadi, apabila tiba masanya untuk membeli telefon baharu, memilih model yang direka untuk kekal relevan dalam tempoh lebih panjang boleh membantu memanjangkan tempoh penggunaan sebelum perlu bertukar sekali lagi. Dalam hal ini, gabungan sokongan perisian, jangka hayat bateri dan ketahanan fizikal REDMI Note 17 Pro Max 5G menjadikan aspek penggunaan jangka panjang sebagai salah satu kekuatan utamanya.

Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –