Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi kekal tidak berubah bagi tempoh minggu ini, susulan harga pasaran petroleum antarabangsa yang mula kembali ke tahap sederhana berbanding paras puncak konflik sebelum ini.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia dikekalkan pada paras yang sama seperti minggu sebelumnya, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 9–15 Julai 2026
Bagi tempoh 9 Julai hingga 15 Julai 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: ➡️ RM4.00 seliter (tiada perubahan)
- RON95: ➡️ RM3.37 seliter (tiada perubahan)
- Diesel: ➡️ RM3.97 seliter (tiada perubahan)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi turut kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
Konflik Masih Bayangi Pasaran Global, Kerajaan Kekal Berhemah
Menurut Kementerian Kewangan, harga minyak mentah di pasaran global terus menyederhana pada minggu terdahulu, didorong oleh pengurangan premium risiko geopolitik, pemulihan aliran bekalan serta peningkatan persaingan harga dalam kalangan pengeluar utama.
Namun begitu, perkembangan terkini di Asia Barat menunjukkan risiko gangguan terhadap harga dan bekalan minyak masih wujud selagi konflik itu tidak dimuktamadkan. Dalam jangka sederhana, MOF menjangkakan lebihan bekalan global susulan pemulihan pengeluaran dan penyederhanaan permintaan akan mengehadkan kenaikan harga, walaupun sebarang gangguan baharu di laluan perdagangan utama masih boleh menyebabkan turun naik harga yang ketara.
Melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan pengesahan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki kelayakan bulanan masing-masing.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Projek ECRL Kini 94% Siap, Perkhidmatan Penumpang Bakal Beroperasi Januari 2027
Tiket KTM/ETS Ke Johor Untuk PRN Dah Buka: Ini Cara Tempah & Trik Balik Mengundi Tanpa Poket Kering!
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
7 Perkhidmatan Kurier Popular Di Malaysia Untuk Penghantaran Harian Dan Bisnes
Harga Minyak 1–8 Julai 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun Lagi 10 Sen
LRT Laluan Shah Alam Dibuka 29 Jun, Tambang Dan Bas Perantara Percuma Selama Sebulan