Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi terus menunjukkan trend penurunan apabila Kerajaan mengumumkan pelarasan baharu bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai 2026.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia masing-masing diturunkan sebanyak 10 sen seliter, selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) berikutan penyusutan purata harga pasaran petroleum antarabangsa pada minggu sebelumnya.
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 1–8 Julai 2026
Bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97:
RM4.00 seliter (turun 10 sen)
- RON95:
RM3.37 seliter (turun 10 sen)
- Diesel:
RM3.97 seliter (turun 10 sen)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95):
RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS):
RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS):
RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel):
RM2.10 seliter
Pengumuman harga minggu ini dibuat sehari lebih awal bagi menyelaraskan tempoh harga baharu dengan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula 1 Julai 2026.
BUDI Diesel Bermula 1 Julai, Pasaran Global Masih Belum Stabil
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penurunan harga minggu ini didorong oleh penyusutan purata harga pasaran petroleum antarabangsa berbanding minggu sebelumnya. Walaupun begitu, pasaran minyak global masih belum pulih sepenuhnya kerana risiko terhadap harga minyak mentah, kos penghantaran dan kestabilan bekalan masih wujud.
Bermula 1 Julai 2026, program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) turut dilaksanakan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang layak membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan pengesahan MyKad di stesen minyak seluruh negara.
Dalam masa yang sama, kerajaan menggalakkan orang ramai supaya terus menggunakan bahan api secara berhemah melalui perancangan perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Projek ECRL Kini 94% Siap, Perkhidmatan Penumpang Bakal Beroperasi Januari 2027
Harga Minyak 9–15 Julai 2026: RON97, RON95 Dan Diesel Kekal Tidak Berubah Minggu Ini
Tiket KTM/ETS Ke Johor Untuk PRN Dah Buka: Ini Cara Tempah & Trik Balik Mengundi Tanpa Poket Kering!
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
7 Perkhidmatan Kurier Popular Di Malaysia Untuk Penghantaran Harian Dan Bisnes
LRT Laluan Shah Alam Dibuka 29 Jun, Tambang Dan Bas Perantara Percuma Selama Sebulan