Menu

Malaysia Open Athletics Championship 2026 Bermula, Kemasukan Percuma di UPM Serdang

Alyaa 22 hours ago

Kem olahraga negara bakal menjadi tumpuan hujung minggu ini apabila Malaysia Open Athletics Championship 2026 berlangsung di Stadium UPM, Serdang dari 19 hingga 21 Jun 2026. Menghimpunkan lebih 800 atlet dari tujuh buah negara, kejohanan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan aksi atlet tempatan dan antarabangsa secara langsung, dengan kemasukan percuma sepanjang tiga hari kejohanan.

Persaingan Antarabangsa di Pentas Tempatan

Tahun ini, kejohanan olahraga terbesar negara menyaksikan penyertaan atlet dari Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina, Laos, Sri Lanka dan Arab Saudi. Selain wakil antarabangsa, atlet-atlet terbaik dari semua negeri di Malaysia turut bersaing merebut gelaran juara dalam pelbagai acara olahraga menjadikan kejohanan ini sebuah pertarungan yang penuh semangat dari pelbagai peringkat.

Antara nama yang bakal menjadi tumpuan pastinya jaguh pecut negara, Mohd Azeem Fahmi, pemegang rekod kebangsaan 100m lelaki, selain Danish Iftikar yang dijangka memberi cabaran dalam acara sama. Turut mencuri perhatian ialah Prabudass Krishnan dalam acara jarak jauh, serta Izzatul Musfirah dan Nur Aishah Rofina Aling yang menjadi antara pencabar utama bagi gelaran ratu pecut wanita.

Bukan Hanya Aksi Trek dan Padang

Pengunjung tidak hanya akan menyaksikan aksi sengit di trek dan padang. Pelbagai tarikan menarik turut menanti sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung:

  • Booth Merchandise Rasmi: Koleksi eksklusif Malaysia Open Athletics Championship 2026 turut tersedia, termasuk baju edisi khas, lanyard, button badge, acrylic keychain dan enamel pin.
  • Booth Peralatan Sukan: Peralatan olahraga daripada jenama-jenama terkemuka juga boleh didapati untuk membantu meningkatkan prestasi.
  • Food Truck: Pilihan makanan dan minuman disediakan untuk dinikmati sambil menyaksikan aksi atlet-atlet terbaik.

Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan semangat olahraga bersama-sama. Ini peluang terbaik untuk menyaksikan bintang-bintang olahraga Malaysia dan antarabangsa beraksi secara langsung, tanpa sebarang bayaran!


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –