KLIMS 2026 Kembali Meriahkan MITEC Dengan Pameran Automotif dan Teknologi Mobiliti Terkini
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 membuka tirainya bermula 12 hingga 21 Jun 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA), acara automotif terbesar negara ini kembali dengan tema “Beyond Mobility”, menampilkan pelbagai jenama automotif, teknologi mobiliti dan inovasi masa depan.
Jika anda bercadang untuk membeli kereta baharu, melihat model terkini atau sekadar mencari aktiviti hujung minggu, berikut perkara yang perlu anda tahu sebelum ke KLIMS 2026.
Pelbagai Pelancaran Kereta dan Teknologi Mobiliti
KLIMS 2026 menghimpunkan pelbagai pengeluar automotif tempatan dan antarabangsa yang mempamerkan model terkini mereka termasuk kenderaan elektrik (EV), kereta konsep dan teknologi mobiliti pintar.
Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri perkembangan teknologi automotif terkini yang semakin memberi fokus kepada elektrifikasi, pengangkutan lestari dan penyelesaian mobiliti masa depan.
Aktiviti dan Tarikan Menarik Di KLIMS 2026
Selain melihat kenderaan baharu, KLIMS 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga termasuk:
- Sesi pandu uji dan pengalaman pemanduan khas
- Aktiviti pentas utama
- Cabutan bertuah dan kempen “Visit and Win”
- Pertandingan e-sukan
- Pameran koleksi die-cast
- Perhimpunan kelab-kelab keretaFood truck dan pelbagai pilihan makanan
- Sesi perkongsian industri automotif
Harga Tiket dan Waktu Acara

Isnin, Selasa dan Khamis
- 10 pagi hingga 8 malam
- Masuk percuma
- Tidak termasuk cuti umum
Jumaat, Hujung Minggu dan Cuti Umum
- 10 pagi hingga 10 malam
- RM30 seorang
Kadar Istimewa
- RM15 seorang
- Untuk pelajar, warga emas dan OKU dengan kad pengenalan sah
Kanak-kanak
- 12 tahun ke bawah masuk percuma
Pas Tanpa Had
- RM80
- Akses sepanjang KLIMS 2026 berlangsung
Panduan Akses ke KLIMS 2026
Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, pengunjung boleh menaiki MRT Kajang Line dan turun di Stesen Semantan sebelum menyambung perjalanan menggunakan bas pengantara MRT T821 ke MITEC.
Bagi yang memandu, beberapa lokasi parkir turut disediakan termasuk:
- MITEC North & South Entrance
- MATRADE Open Car Park
- MITI Basement Parking
- The MET Corporate Towers Basement Parking
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta dalam masa terdekat, KLIMS 2026 merupakan peluang untuk anda membandingkan pelbagai model dalam satu lokasi. Malah, pengunjung juga boleh melihat sendiri teknologi terkini, menikmati pelbagai aktiviti serta mendapatkan maklumat terus daripada wakil jenama automotif.
Maklumat lanjut mengenai KLIMS boleh didapati di laman web rasmi mereka Kuala Lumpur International Mobility Show.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads
