U Mobile kini menjadi penaja siaran rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di RTMKlik. Sempena itu, syarikat telekomunikasi ini memperkenalkan Ultra Football Pass yang boleh ditebus secara percuma oleh pelanggan yang layak.
Melalui pas ini, pengguna boleh menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had untuk menonton kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 di RTMKlik, sama ada menerusi aplikasi atau laman web RTMKlik.
Ultra Football Pass tersedia untuk ditebus bermula sekarang sehingga 20 Julai 2026. Setiap penebusan sah selama 24 jam selepas diaktifkan.
Pas ini ditawarkan kepada semua pelanggan mudah alih dan jalur lebar U Mobile yang layak. Namun, ia tidak tersedia untuk pengguna pelan Ultra5G Trial, U Mobile Fibre dan Ultra Tourist.

Untuk menebus Ultra Football Pass, pengguna hanya perlu:
- Buka aplikasi MyUMobile
- Pilih bahagian “Add Ons”
- Pilih “Ultra Football Fest”
- Tebus Ultra Football Pass
Selepas ditebus, pas ini akan diaktifkan secara automatik dan pengguna akan menerima SMS pengesahan berkenaan pengaktifannya.
Maklumat lanjut mengenai Ultra Football Pass boleh didapati melalui laman produk rasmi U Mobile.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

BMAI Perkenal Kasut Larian GCARBON TURBO 4 di Malaysia, Gabungkan Plat Karbon T1000 dan Foam BoomMAX Evonik
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
HOKA Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Kedai Baharu di Pavilion Kuala Lumpur
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh