Menu

BMAI Perkenal Kasut Larian GCARBON TURBO 4 di Malaysia, Gabungkan Plat Karbon T1000 dan Foam BoomMAX Evonik

Alyaa 3 days ago

BMAI, jenama larian profesional yang ditubuhkan pada tahun 2015, kini memperkenalkan GCARBON TURBO 4 di Malaysia. Kasut larian berplat karbon terbaharu ini direka untuk membantu pelari meningkatkan prestasi dan mengejar catatan peribadi terbaik (PB). Sebagai model flagship BMAI, GCARBON TURBO 4 turut hadir dengan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya.

Antara penambahbaikan yang dibawakan ialah penggunaan plat karbon penuh T1000, menggantikan plat T700 pada generasi sebelumnya. Ia dipadankan dengan foam superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang turut dinaik taraf bagi memberikan daya tolakan lebih responsif, sekali gus membantu pelari mengekalkan momentum dan kecekapan sepanjang larian. 

Bagi meningkatkan kestabilan ketika berlari, BMAI turut melebarkan bahagian tapak tengah kasut. Bahagian hadapan kini 4mm lebih lebar, manakala bahagian tengah pula dilebarkan sebanyak 6mm. Rekaan ini memberikan sokongan yang lebih stabil pada kaki, sementara foam BoomMAX Evonik membantu menghasilkan pemindahan tenaga yang lebih lancar daripada pendaratan sehingga ke fasa tolakan.

Dari segi keselesaan pula, bahagian atas kasut menggunakan material woven mesh bagi memberikan pengudaraan yang baik, bersama lidah kasut satu bahagian yang fleksibel untuk menghasilkan kesesuaian yang lebih kemas pada kaki. Tapak luar Cast PU pula digunakan untuk memberikan cengkaman yang baik ketika berlari di atas permukaan jalan kering mahupun basah.

GCARBON TURBO 4 juga agak ringan dengan berat sekitar 135g untuk saiz 37 dan 172g bagi saiz 41, manakala drop kasut ditetapkan pada 4.5mm. Secara keseluruhannya, kombinasi ini direka untuk memberikan pengalaman larian yang ringan dan responsif tanpa mengabaikan aspek kestabilan yang diperlukan untuk jarak jauh.

Dalam masa sama, pelancaran kasut baharu ini turut disertai dengan pengenalan “Road to KLSCM” PB yang menghimpunkan 30 atlet elit, pencipta kandungan larian dan pelari komuniti yang akan menjalani latihan menggunakan GCARBON TURBO 4 sebelum menguji persediaan mereka di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM).

Harga BMAI GCARBON TURBO 4 di Malaysia

Bagi pelari yang berminat untuk mencuba GCARBON TURBO 4, kasut ini ditawarkan pada harga runcit rasmi RM629 di Malaysia. Namun, untuk bulan pertama selepas pelancaran, ia boleh didapati pada harga istimewa RM499 menerusi kedai dalam talian rasmi BMAI dan peruncit sah terpilih.

Untuk minggu pertama pelancaran pula, pembelian GCARBON TURBO 4 menerusi Shopee atau TikTok rasmi BMAI Malaysia akan disertakan dengan sepasang stokin larian BMAI bernilai RM39 secara percuma.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –