Peminat sukan lumba basikal kini berpeluang untuk berkayuh bersama jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang di Melbourne menerusi cabaran terbaharu Malaysia Airlines yang berlangsung sepanjang Ogos ini. Diperkenalkan sebagai “Ride Together, Fly Together”, cabaran ini memerlukan peserta merekodkan kayuhan sekurang-kurangnya 6.5 kilometer di Strava dari 7 hingga 28 Ogos 2026. Daripada keseluruhan peserta yang layak, lima pemenang akan dipilih secara rawak untuk menyertai pengalaman “Ride to Melbourne” selama maksimum empat hari tiga malam.
Pakej hadiah merangkumi tiket penerbangan pergi balik Malaysia Airlines, penginapan hotel serta pengangkutan darat di Melbourne. Pemenang turut berpeluang menyertai beberapa aktiviti khas bersama Azizulhasni Awang sepanjang program berlangsung. Antara pengalaman yang disediakan termasuk kunjungan ke Joe Ciavola Velodrome (DISC Velodrome), cabaran pecut menggunakan WattBike serta sesi bersama jaguh berbasikal negara itu. Kemuncak program pula ialah kayuhan sejauh 60.7 kilometer dari St Kilda ke Mount Martha bersama Azizulhasni, menyusuri pesisir Teluk Port Phillip.

Cabaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MHsports, program perjalanan sukan Malaysia Airlines yang menyediakan beberapa kemudahan tambahan untuk perjalanan berkaitan sukan. Melalui MHsports, ahli boleh menikmati tambahan bagasi sebanyak 10kg, pemilihan tempat duduk percuma, daftar masuk awal serta tarikh perjalanan yang lebih fleksibel. Bagi perjalanan secara berkumpulan, program ini turut menawarkan kemudahan untuk kumpulan sekurang-kurangnya lima orang, termasuk tempahan tempat duduk dan penambahan penumpang sehingga 24 jam sebelum tiket dikeluarkan.
Untuk mengambil bahagian, peserta perlu:
- Menyertai “MHsports Challenge by Malaysia Airlines” di Strava.
- Merekodkan kayuhan sekurang-kurangnya 6.5 kilometer antara 7 hingga 28 Ogos 2026.
- Menghantar butiran peribadi dan nama pengguna Strava menerusi halaman kempen MHsports.
- Mendaftar sebagai ahli MHsports melalui Malaysia Airlines Group Portal.
- Memuat naik tangkapan skrin pencapaian Strava untuk tujuan pengesahan.
Sebagai ganjaran tambahan, peserta yang berjaya mengesahkan penyertaan akan menerima kod diskaun 10% untuk penerbangan Malaysia Airlines. Sementara itu, mereka yang melengkapkan sasaran kayuhan 6.5 kilometer akan menerima kod diskaun 15%. Kedua-dua kod diskaun tersebut boleh digunakan untuk tempahan sehingga 30 Oktober 2026, tertakluk kepada terma dan syarat.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
SUKMA Selangor 2026: Temasya Sukan Terbesar Negara Kembali ke Bumi Darul Ehsan
Parkson Malaysia Luggage Fair 2026 Himpunkan Pelbagai Jenama Bagasi dan Aksesori Perjalanan
CelcomDigi Raih Dua Rekod Dunia Guinness Menerusi Siaran Langsung Mega Gegar 20 Juta
MotoGP Malaysia 2026: Tiket K2 Hillstand Hanya RM49.90 Sempena Bulan Kemerdekaan
F1 Sah Kembali ke Malaysia, Litar Sepang Dipilih Sebagai Tuan Rumah Grand Prix Bahrain 2026