Selepas beberapa kali tertangguh, Laluan Transit Aliran Ringan 3 atau LRT3 kini dijangka mula beroperasi sebelum penghujung Jun 2026.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tarikh rasmi pembukaan LRT3 akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi. Menurut beliau, operasi percubaan bagi laluan tersebut berjalan lancar dan sistem rel itu kini bersedia untuk menerima penumpang.
LRT3, yang turut dikenali sebagai Laluan Shah Alam, sebelum ini dijadualkan mula beroperasi pada tahun lalu. Namun, pembukaannya tertangguh susulan cabaran berkaitan perisian serta kestabilan sistem yang dikenal pasti ketika fasa ujian dan pentauliahan.

LRT3 merupakan laluan rel sepanjang 37.8km yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya/Damansara dengan Johan Setia di Klang.
Laluan ini merentasi kawasan barat Lembah Klang dan dijangka meningkatkan akses pengangkutan awam ke beberapa kawasan utama seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
Apabila mula beroperasi, LRT3 boleh menjadi pilihan pengangkutan awam yang lebih mudah untuk perjalanan harian, terutama bagi mereka yang bekerja atau belajar di sekitar Lembah Klang.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi