Menu

Harga Minyak 18–24 Jun 2026: Diesel Semenanjung Turun 30 Sen Kepada RM4.37 Seliter

Alyaa 2 months ago

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan pelarasan harga runcit bahan api bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun 2026. Penurunan harga diesel dibuat selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) berikutan pergerakan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Berdasarkan pengumuman terbaharu, harga diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 30 sen seliter kepada RM4.37 seliter. Sementara itu, harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi dikekalkan pada paras minggu lalu.

Senarai Harga Runcit Bahan Api (18–24 Jun 2026)

Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 18 Jun 2026:

  • RON97: ➡️ Kekal pada RM4.35 seliter
  • RON95 tanpa subsidi: ➡️ Kekal pada RM3.72 seliter
  • RON95 bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
  • Petrol bersubsidi (SKPS): ➡️ Kekal pada RM2.05 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔻 Turun 30 sen kepada RM4.37 seliter
  • Diesel bersubsidi (SKDS): ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak dan Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter

Harga Petrol Kekal, Subsidi Bersasar Diteruskan

Kerajaan turut memaklumkan bahawa perkembangan positif dalam konflik di Asia Barat telah membantu meredakan sebahagian tekanan terhadap harga minyak mentah global. Namun begitu, beberapa risiko masih wujud termasuk ketidaktentuan pembukaan semula laluan perdagangan di Selat Hormuz, gangguan bekalan serta proses rundingan damai yang belum dimuktamadkan.

Dalam masa yang sama, kerajaan menjelaskan bahawa tanggungan subsidi bahan api masih berada pada tahap tinggi, dengan anggaran sekitar RM3.5 bilion sebulan berdasarkan harga pasaran semasa. Daripada jumlah tersebut, subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan manakala subsidi diesel pula sekitar RM1.5 bilion sebulan.

MOF turut menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah serta merancang perjalanan dengan lebih cekap bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi negara.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –