PRISM+ dan TTRacing bekerjasama dengan Shopee untuk menganjurkan Shopee Hyper Brand Day pertama di Malaysia, menawarkan diskaun sehingga 70% untuk pelbagai produk rumah pintar, hiburan dan gaya hidup ergonomik.
Acara selama enam hari ini berlangsung dari 16 hingga 21 Jun 2026 di Centre Court Atrium, AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru. Pengunjung boleh mengunjungi pameran tersebut setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk melihat sendiri rangkaian produk terkini daripada kedua-dua jenama serta menikmati pelbagai promosi eksklusif.
Baucar Tambahan 15% dan Hadiah Percuma
Sepanjang kempen, pelanggan boleh menikmati potongan tambahan 15% melalui baucar eksklusif dengan had maksimum RM300, di samping promosi sedia ada.
Mereka yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam satu transaksi juga akan menerima sebuah TTRacing Tacto Portable Standing Desk bernilai RM479 secara percuma, sementara stok masih ada.
Pengunjung turut berpeluang menjadi antara pengguna terawal yang mencuba beberapa produk baharu daripada PRISM+, termasuk:
- EvoSonic Ultra Detect Vacuum dengan kuasa sedutan 160 Air Watts dan teknologi pembersihan pintar
- TV Google 4K berkuasa AI dengan teknologi pengoptimuman visual
- HydroThrust Water Pump yang direka untuk operasi berprestasi tinggi dengan tahap bunyi yang rendah
Acara ini juga menjadi lokasi pertama di Johor yang menghimpunkan rangkaian produk PRISM+ dan TTRacing yang paling lengkap dalam satu tempat, merangkumi peralatan rumah pintar, penyelesaian hiburan, perabot gaming dan produk ruang kerja ergonomik.
Tawaran Menarik Untuk Produk Terpilih
Antara produk PRISM+ yang ditawarkan pada harga promosi termasuk:
- PRISM+ EvoSonic Ultra Detect Vacuum – dari RM363
- PRISM+ F270i PRO Gaming Monitor – dari RM530
- PRISM+ Luna Ultra Smart Air Conditioner – dari RM1,681
- PRISM+ SQ43 QLED Google TV – dari RM699
Perlu diingatkan, harga yang dinyatakan adalah selepas penggunaan semua baucar yang layak.
Selain itu, TTRacing turut menawarkan beberapa pakej eksklusif:
- TTRacing Titus X Smart Standing Desk dari RM1,399 (harga asal RM2,999) bersama PRISM+ Nexa Air Purifier percuma
- TTRacing Tivon Smart Standing Desk Bundle dari RM2,799 (harga asal RM5,899) bersama PRISM+ W250 Monitor dan TTRacing Airflex V2 Ergochair percuma
Cabaran Futsal dan Shopee Live
Bersempena kemeriahan musim bola sepak ketika ini, pengunjung juga boleh menyertai cabaran futsal interaktif yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM500.
Selain itu, sesi Shopee Live khas bersama Sam Lim akan berlangsung pada 17 Jun 2026 dari jam 8 malam hingga 10 malam, menampilkan pelbagai tawaran eksklusif, promosi masa terhad dan demonstrasi produk.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke Johor Bahru, tawaran Hyper Brand Day PRISM+ dan TTRacing turut tersedia secara dalam talian melalui aplikasi Shopee dari 16 hingga 21 Jun 2026.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Eco-Shop Himpunkan Hampir 300 Kanak-Kanak Menerusi Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh