Bagi menyambut Hari Raya yang bakal tiba, Electrolux menjalin kerjasama dengan Tudungruffle menawarkan pelanggan set cenderamata eksklusif mengandungi tudung dan aksesori asli, bernilai sehingga RM199, dengan pembelian rangkaian cucian Electrolux UltimateCare™ baharu, sementara stok masih ada.
Electrolux, peneraju global dalam peralatan rumah, mengembangkan siri mesin basuh dan pengering UltimateCare™ yang inovatif, kini direka khusus bagi memberikan penjagaan lembut dan optimum untuk fabrik lembut seperti kain tudung dan batik.

Kelengkapan rumah terbaharu yang bercirikan warisan Scandinavia ini merupakan satu pencapaian penting kerana ia adalah mesin basuh pertama dari Electrolux yang direka dengan mempertimbangkan tekstil unik ini. Dilengkapi program pencucian muatan penuh yang pantas dalam masa hanya 45 minit, rangkaian baharu ini menampilkan pelbagai fungsi pintar dan solusi penjagaan yang mudah digunakan untuk meminimumkan jejak alam sekitar di samping mengoptimumkan penjagaan fabrik.
Ketahui lebih banyak mengenai kolaborasi Raya dan siri Electrolux UltimateCare™ baharu di peruncit terkemuka, dengan harga jualan yang disyorkan bermula daripada RM2,059. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Electrolux di www.electrolux.com.my dan platform media sosialnya di:

TechLife Pad Plus 2: Tablet Bajet Dengan Paparan 12 Inci dan Bateri 9,000mAh, Berharga RM899
7 Pelan Postpaid Bawah RM50 Yang Berbaloi di Malaysia
Facebook Perkenal Ciri AI Baharu Untuk Carian, Suntingan Foto dan Video
PRISM+ dan TTRacing Tawar Diskaun Sehingga 70% Menerusi Shopee Hyper Brand Day
Google Pixel Lancar Kempen Bola Sepak Pertama di Malaysia Dengan Hadiah Bernilai Lebih RM10,000
Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan