TechLife telah memperkenalkan tablet terbaharu mereka di Malaysia, TechLife Pad Plus 2. Tablet ini hadir sebagai pilihan mampu milik untuk pengguna yang mencari peranti berskrin besar dengan spesifikasi yang sesuai untuk hiburan, pembelajaran dalam talian dan tugasan harian, pada harga bawah RM1,000.
Spesifikasi TechLife Pad Plus 2

TechLife Pad Plus 2 dilengkapi paparan IPS LCD bersaiz 12 inci dengan nisbah 5:3 dan resolusi 2000 x 1200 piksel. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula 90Hz serta kecerahan puncak sehingga 450 nits.

Dari segi prestasi, tablet ini dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G100 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB storan. Ia turut menjalankan sistem operasi Android 16.
Pada bahagian belakang, TechLife Pad Plus 2 menggunakan panel logam bersama kamera utama 8MP, manakala kamera hadapan 5MP disediakan untuk panggilan video dan kelas dalam talian. Ia turut ditawarkan dalam pilihan warna Storm Grey dan Moonlight Silver.

Kuasa pula dibekalkan oleh bateri 9,000mAh yang menyokong pengecasan 18W melalui USB-C. Ia juga menyokong pengecasan berbalik 5W untuk mengecas peranti lain apabila diperlukan.
Ciri lain yang turut disertakan termasuk empat pembesar suara stereo, sambungan 4G LTE, WiFi dan pensijilan Widevine L1 yang membolehkan kandungan penstriman disokong pada resolusi lebih tinggi di platform yang serasi.
Harga dan Ketersediaan TechLife Pad Plus 2

TechLife Pad Plus 2 ditawarkan dalam satu konfigurasi iaitu 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM899. Ia boleh didapati melalui kedai rasmi TechLife di Shopee, Lazada dan TikTok Shop serta di semua Realme Brand Store seluruh negara.
TechLife turut menawarkan pakej promosi yang menggabungkan TechLife Pad Plus 2 bersama TechLife Smart Watch L2 dan TechLife Wireless Earbuds+ 2 pada harga RM999. Pakej ini ditawarkan dari 19 Jun hingga 18 Julai 2026, dengan penjimatan RM208 berbanding harga runcit keseluruhan bernilai RM1,207.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
CelcomDigi Raih Dua Rekod Dunia Guinness Menerusi Siaran Langsung Mega Gegar 20 Juta