Kalau anda sedang mencari kerja, ingin menukar kerjaya, atau baru sahaja tamat belajar, ini adalah acara yang anda tak boleh lepaskan minggu ini.
National Career Fair 2026, acara kerjaya peringkat kebangsaan yang paling ditunggu-tunggu di Malaysia, akan berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Ia diadakan sekali setahun sahaja, dan penganjuran tahun ini lebih besar dari sebelumnya.

Apa Yang Ada di National Career Fair 2026?
Lebih 100 syarikat terkemuka akan hadir, menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji mencecah sehingga RM10,000 sebulan merangkumi pelbagai sektor dan laluan kerjaya. Pameran kerjaya ini bukan sekadar tempat untuk menghantar resume dan pulang ke rumah, namun anda berpeluang untuk menemui dan mendapatkan khidmat nasihat daripada para staf yang terlibat dalam proses pengambilan pekerja.
Selain temu duga dan networking, anda juga boleh mendapatkan khidmat semakan resume oleh profesional industri yang akan memberi pandangan terperinci tentang struktur, kandungan dan cara untuk menonjolkan kemahiran anda dengan lebih berkesan.
Berpeluang Menang Cabutan Bertuah Apple Watch!
Tebus tiket cabutan bertuah di kaunter pendaftaran sebaik sahaja tiba, dan nama anda secara automatik layak untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diumumkan pada jam 1 petang, 2 petang, 3 petang, 4 petang dan 5 petang setiap hari. Hadiah utama adalah Apple Watch dan anda tidak perlu beli apa-apa untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah ini. Hanya sekadar hadir dan melibatkan diri dengan majikan pun sudah cukup.
Shuttle Percuma Turut Disediakan!
Shuttle percuma disediakan antara MITEC dan KL Sentral sepanjang acara berlangsung. Naik tren ke KL Sentral, cari krew Talentbank dan tumpang shuttle terus ke MITEC — senang, jimat dan tak perlu risau tentang parking.
Alamat penuh: Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), No. 8, Jalan Dutamas 2, Segambut, 50480 Kuala Lumpur.
Cara Mendaftar
Pendaftaran adalah percuma. Daftar awal di laman web rasmi National Career Fair 2026 dan pilih slot masa kehadiran anda untuk membantu penganjur mengurus aliran pengunjung dengan lebih lancar. Perlu diingat, slot boleh penuh dengan cepat, jadi jangan tangguh!
Peluang sesperti ini hanya datang sekali setahun. Sama ada anda fresh graduate, professional yang nak naik taraf kerjaya, atau sekadar nak tahu apa yang ada di luar sana, National Career Fair 2026 adalah tempat yang tepat untuk mulakan.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Malaysia Open Athletics Championship 2026 Bermula, Kemasukan Percuma di UPM Serdang
PRISM+ dan TTRacing Tawar Diskaun Sehingga 70% Menerusi Shopee Hyper Brand Day
Google Pixel Lancar Kempen Bola Sepak Pertama di Malaysia Dengan Hadiah Bernilai Lebih RM10,000
Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan
KLIMS 2026 Kembali Meriahkan MITEC Dengan Pameran Automotif dan Teknologi Mobiliti Terkini
Huawei Watch Fit 5 Roadshow Bermula di MyTown, Tampil Dengan Aktiviti Pickleball dan Persembahan Alpha