Menu

PRN Johor Ke-16: Semakan Daftar Pemilih Dibuka Hingga 19 Jun, Semak Sebelum Terlambat

Zul Akmal 2 months ago

Warga Johor yang layak mengundi diingatkan supaya menyemak maklumat pendaftaran pemilih masing-masing sebelum tempoh semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2026 (DPT BLN4/2026) berakhir pada 19 Jun 2026.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), daftar pemilih tersebut dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula 21 Mei hingga 19 Jun 2026.

Dalam tempoh ini, individu yang berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, pemilih yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/status digalakkan menyemak maklumat masing-masing.

Cara Semak Daftar Pemilih

Semakan boleh dibuat melalui beberapa saluran yang disediakan oleh SPR, antaranya:

Semakan hanya mengambil masa beberapa minit dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk memastikan maklumat pendaftaran adalah tepat dan terkini.

Sekiranya nama tidak tersenarai atau terdapat kesilapan maklumat, tuntutan boleh dikemukakan sebelum tempoh semakan tamat melalui portal MySPR atau dengan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkaitan pada waktu pejabat. 

Tarikh Penting PRN Johor Ke-16

Bagi pengundi di Johor, berikut merupakan beberapa tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

  • 19 Jun 2026 – Tarikh akhir semakan dan tuntutan Daftar Pemilih Tambahan (DPT BLN4/2026)
  • 27 Jun 2026 – Hari penamaan calon
  • 7 Julai 2026 – Hari pengundian awal
  • 11 Julai 2026 – Hari mengundi

Orang ramai digalakkan untuk menyemak maklumat pendaftaran pemilih masing-masing lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah ketika proses pengundian nanti.

Lebih 39,000 Pemilih Baharu Dalam DPT BLN4/2026

SPR memaklumkan DPT BLN4/2026 mengandungi:

  • 39,111 warganegara berumur 18 tahun ke atas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
  • 15,880 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
  • 1,369 pemilih yang bertukar kategori pengundi atau status.

Bagi rakyat Johor yang ingin mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, semakan daftar pemilih ini penting bagi memastikan segala maklumat adalah tepat sebelum tempoh semakan ditutup pada 19 Jun 2026.

Gambar utama: Kosmo


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –