Platform pelancongan digital Agoda telah mengumumkan senarai destinasi dengan harga paling murah untuk percutian pada bulan April dan Mei 2025. Dari pantai yang mendamaikan hingga ke bandar yang sarat dengan aktiviti, senarai ini membantu pelancong yang bijak berbelanja untuk menikmati percutian tanpa perlu merasa risau tentang kos yang tinggi.
Phong Nha di Vietnam muncul sebagai juara dengan purata harga bilik serendah RM124 semalam*, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang inginkan pengembaraan dan keindahan semula jadi.
Selain Phong Nha, Tirupati di India dan Hat Yai di Thailand turut tersenarai di tiga kedudukan teratas, dengan purata harga bilik masing-masing RM150 dan RM177 semalam.

Destinasi-destinasi ini menawarkan gabungan unik pengalaman budaya, kulinari, dan pemandangan yang memukau, sesuai untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.
Di Malaysia, Kuala Terengganu muncul sebagai destinasi paling berpatutan untuk tempoh perjalanan akan datang, dengan kadar bilik purata RM213 semalam.
Pertama kali tersenarai dalam kedudukan ini, bandar tepi pantai ini berjaya memintas Kuching, yang sebelum ini memegang gelaran tersebut bagi April-Mei 2024 dan musim cuti hujung tahun.

Parkson Malaysia Luggage Fair 2026 Himpunkan Pelbagai Jenama Bagasi dan Aksesori Perjalanan
Laluan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam Mula Operasi, Perjalanan Ke Hatyai Kini Lebih Lancar
Selangor Travel Fair 2026: Promosi Pakej Percutian, Tiket Tarikan Dan Pelbagai Aktiviti Menarik
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
Pasport Malaysia Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Boleh Dimohon Mulai 1 Julai