Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun serentak minggu ini susulan kejatuhan harga minyak dunia pada minggu lalu, walaupun risiko geopolitik melonjak semula menjelang penghujung tempoh pengiraan harga.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97 tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia diturunkan 20 sen seliter, RON95 tanpa subsidi diturunkan 15 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi diturunkan 10 sen seliter bagi tempoh 13 Ogos hingga 19 Ogos 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 13–19 Ogos 2026
Bagi tempoh 13 Ogos hingga 19 Ogos 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: 🔻 RM4.15 seliter (turun 20 sen)
- RON95: 🔻 RM3.62 seliter (turun 15 sen)
- Diesel: 🔻 RM4.47 seliter (turun 10 sen)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
Harga Minyak Dunia Lebih Rendah, Namun Ketegangan AS-Iran Belum Reda
Menurut Kementerian Kewangan, perkembangan positif dalam usaha meredakan konflik AS-Iran telah mendorong harga minyak dunia lebih rendah sepanjang sebahagian besar minggu lalu. Harga Brent turut jatuh di bawah AS$80 setong, paras terendah dalam tempoh tiga minggu. Namun, risiko geopolitik kembali meningkat apabila rundingan semakin tidak menentu, menyebabkan harga Brent melonjak hampir 5% pada hari Isnin.
Melalui subsidi bersasar, Kerajaan MADANI terus melindungi pengguna yang layak. Subsidi BUDI95 adalah RM1.63 seliter, manakala BUDI Diesel RM2.37 seliter. Pengguna yang layak boleh terus membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan pengesahan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki bulanan masing-masing.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati 10GB Data Percuma Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Prasarana Sediakan Pengangkutan Awam 24 Jam untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2026 – Fahmi
KTMB Tawar Diskaun RM15 Tiket ETS Sempena Promosi 8.8 Awesome August
Harga Minyak 6–12 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Masing-masing Turun 5 Sen
KLIA Terminal 1 Tambah Baik Pengalaman E-Hailing dengan Fasiliti Digital Baharu
Perodua Turunkan Harga Axia Sehingga RM4,700, Berkuat Kuasa Serta-Merta