Menu

YouTuber Malaysia Changyong Dilantik Duta Pelancongan Tainan 2026, Perkenal Tarikan Tempatan Kepada Rakyat Malaysia

Alyaa 1 day ago

Kalau anda mengikuti kandungan travel dan gaya hidup di YouTube, anda mungkin mengenali Changyong, seorang YouTuber Malaysia yang sering berkongsi pengalamannya meneroka pelbagai destinasi, makanan dan budaya. Dengan lebih sejuta pengikut di YouTube, Changyong kini dilantik sebagai Duta Pelancongan Tainan 2026 untuk membawa lebih ramai rakyat Malaysia mengenali bandar di selatan Taiwan itu.

Pelantikan tersebut menyusuli kunjungannya ke Tainan baru-baru ini, di mana beliau meneroka pelbagai tarikan tempatan merangkumi makanan, budaya, kawasan bersejarah serta kehidupan harian masyarakat setempat.

Menerusi siri kandungan yang dihasilkan sepanjang perjalanan itu, Changyong membawa penonton melihat Tainan bukan sahaja melalui lokasi pelancongan popular, tetapi juga menerusi kedai makan tempatan, pasar tradisional, kawasan kejiranan lama dan beberapa lokasi yang kurang dikenali pelancong.

Ketua Pengarah Biro Pelancongan dan Perjalanan Kerajaan Bandar Tainan, Lin Kuo-hua berkata, pelancong Malaysia kini mula mencari pengalaman perjalanan yang lebih mendalam dan tidak hanya tertumpu kepada lokasi pelancongan utama.

Menurutnya, Tainan menawarkan pengalaman sedemikian menerusi makanan tempatan, kawasan bersejarah, pasar malam dan warisan budaya yang masih menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakatnya.

Sepanjang kunjungannya, antara pengalaman yang diketengahkan Changyong ialah mencuba makanan tempatan seperti mi sup sotong, mengunjungi pasar tradisional serta meneroka budaya pasar malam di Wusheng Night Market.

Selain makanan, beliau turut meneroka kawasan kejiranan lama, pasar kreatif, kedai yang beroperasi di bangunan warisan serta kuil-kuil berusia ratusan tahun. Aktiviti lain yang diketengahkan termasuk pelayaran menyusuri terusan dan beberapa tarikan tempatan yang sesuai dikunjungi bersama keluarga.

Menurut pihak pelancongan Tainan, pemilihan Changyong sebagai duta bertujuan memberikan perspektif yang lebih dekat dengan pelancong Malaysia, khususnya dalam memperkenalkan pengalaman yang boleh diterokai sendiri ketika berkunjung ke bandar tersebut.

Bagi rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Taiwan, kempen ini turut mengetengahkan Tainan sebagai satu lagi destinasi yang boleh dipertimbangkan selain lokasi pelancongan utama di negara tersebut, khususnya bagi mereka yang mahu meneroka makanan, sejarah dan budaya tempatan dengan lebih santai.

Bagi yang ingin melihat sendiri pengalaman Changyong meneroka Tainan, siri perjalanan tersebut kini boleh ditonton menerusi saluran rasminya.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –