CelcomDigi mencipta rekod bersejarah apabila meraih dua pengiktirafan Guinness World Records menerusi penstriman langsung (livestream) promosi selama 42 jam yang berlangsung serentak di 20 kedai CelcomDigi di seluruh negara.
Livestream itu merupakan sebahagian daripada kempen penghargaan pelanggan terbesar syarikat setakat ini, iaitu Mega Gegar 20 Juta. Dilangsungkan dari 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 dan dihoskan oleh 29 kakitangan barisan hadapan, siaran langsung tersebut disiarkan menerusi TikTok dan YouTube serta menampilkan tawaran eksklusif, promosi masa terhad dan penjimatan istimewa bagi peranti serta aksesori.

Dua gelaran Guinness World Records yang diraih ialah bagi siaran langsung iklan promosi terpanjang dan kedai terbanyak menyertai siaran langusng iklan promosi. Pencapaian ini menyerlahkan skala operasi serta kebolehpercayaan rangkaian No. 1 di Malaysia, di samping jangkauan luas rangkaian kedai runcit CelcomDigi.
Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, berkata pencapaian tersebut membuktikan komitmen syarikat dalam menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik. Menurutnya, pencapaian itu menunjukkan bagaimana ketersambungan termaju mampu mewujudkan pengalaman digital yang lebih kaya dan imersif, sekali gus memenuhi permintaan rakyat Malaysia terhadap ketersambungan, hiburan dan perkhidmatan digital yang sentiasa tersedia.
“Menerusi Mega Gegar 20 Juta Live, kami menghubungkan pelanggan dalam satu livestream berterusan. Dikuasakan oleh rangkaian CelcomDigi yang terluas, terpantas dan paling selamat, livestream ini mengekalkan keterhubungan tanpa gangguan selama 42 jam merentasi pelbagai lokasi di seluruh negara,” katanya.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
SUKMA Selangor 2026: Temasya Sukan Terbesar Negara Kembali ke Bumi Darul Ehsan
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Parkson Malaysia Luggage Fair 2026 Himpunkan Pelbagai Jenama Bagasi dan Aksesori Perjalanan
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop