CelcomDigi baru sahaja melancarkan kempen penghargaan pelanggan terbesar dalam sejarahnya, Mega Gegar 20 Juta, dengan hadiah serta tawaran eksklusif bernilai RM20 juta untuk lebih 20 juta pelanggannya di seluruh negara.
Menurut CelcomDigi, kempen yang berlangsung dari 23 Julai hingga 30 September 2026 ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang selama ini menyokong pertumbuhan syarikat tersebut.

Nadi utama kempen ini ialah Kotak Misteri Digital dalam aplikasi CelcomDigi, yang dikatakan sebagai kotak misteri digital terbesar di Malaysia. Dengan melakukan transaksi serendah RM20, pelanggan layak membuka kotak tersebut dan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk transformasi rumah pintar berasaskan AI oleh Samsung dan The MakeOver Guys, kereta elektrik Proton e.MAS 7, percutian ke destinasi antarabangsa dan tempatan serta akses eksklusif ke konsert anjuran Live Nation.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 hadiah utama dan lebih 70,000 hadiah bonus disediakan. Hadiah bonus akan diumumkan dalam empat kitaran sepanjang kempen di mana pemenang hadiah bonus juga layak untuk merebut hadiah utama.
CelcomDigi memudahkan penyertaan buat pelanggan baharu mahupun sedia ada. Hampir setiap pembelian atau langganan yang layak membuka pintu ke kempen ini:
- Sambungan mudah alih & internet rumah — langgan atau naik taraf Pas Internet Bulanan Prepaid dari RM30, atau pelan Postpaid, CelcomDigi One dan Home Fibre dari RM50.
- Peranti & perkhidmatan tambahan — beli peranti di bawah Easy360 atau Pakej MegaJimat, atau langgan Mega Add-Ons dan Freedom Add-Ons.
- Gaya hidup digital & pelancongan — langgan perkhidmatan hiburan, keselamatan digital, tambahan internet atau perayauan dari RM20.
Selain peluang menang, pelanggan turut menikmati tawaran eksklusif merentasi produk CelcomDigi:
- Rebat RM480 (RM20 × 24 bulan) untuk semua peranti Samsung 5G di bawah Easy360 dan Pakej MegaJimat — termasuk tempahan awal siri telefon lipat Galaxy terkini serta TV Samsung.
- Rebat RM240 (RM10 × 24 bulan) untuk pilihan peranti di bawah Easy360 seperti OPPO Reno16 F 5G, Xiaomi 17T 5G, HONOR 600 5G, vivo X300 FE 5G dan PlayStation 5 Disc Console (Slim).
- Bulan pertama percuma buat pelanggan baharu bagi pakej hiburan Asia (iQIYI, Vision+, Viu) dan perkhidmatan keselamatan MobileSHIELD.
- Rebat RM60 (RM20 × 3 bulan) apabila melanggan Home Fibre 300Mbps dan Home WiFi Essential.
Setiap tawaran ini turut dikira sebagai penyertaan dalam Mega Gegar 20 Juta. Oleh itu, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati penjimatan, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah.

Sebagai kemuncak kempen, CelcomDigi bakal cuba mencipta rekod menerusi Mega Gegar 20 Juta Live, iaitu sesi penstriman langsung promosi selama 42 jam di TikTok. Sesi ini akan berlangsung dari tengah malam pada 31 Julai hingga jam 6.00 petang pada 1 Ogos 2026.
Sepanjang sesi tersebut, pelanggan boleh menikmati promosi masa terhad dan penjimatan istimewa untuk peranti serta aksesori terpilih. Tawaran berkenaan boleh ditebus melalui laman web CelcomDigi dan kedai yang mengambil bahagian.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi, aplikasi CelcomDigi atau kedai CelcomDigi berhampiran.

F1 Berpotensi Kembali ke Sepang Sebagai Perlumbaan Ganti Susulan Konflik Di Timur Tengah
Tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 Dibuka Secara Rasmi, 59 Atlet Galas Cabaran Malaysia
HUAWEI Pura 90s Series Tiba Di Malaysia, Bawa Kamera Flagship Dengan Harga Bermula RM3,699
Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan Kepada Maxis Susulan Kebocoran Data, JPDP Turut Buka Siasatan
Japan Expo Malaysia 2026 Satukan Budaya, Pelancongan Dan Hiburan Jepun Di KLCC
Google Lancar YouTube Creators For Impact Untuk Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Digital Di Malaysia