Selain siri REDMI 17, Xiaomi turut memperkenalkan REDMI A7 di Malaysia. Model ini menyertai barisan siri REDMI A yang turut merangkumi REDMI A7 Pro, yang telah berada di pasaran tempatan sejak April 2026. REDMI A7 merupakan telefon pintar peringkat permulaan yang menawarkan ciri asas untuk kegunaan harian. Ia disasarkan kepada pengguna yang mahukan telefon praktikal dengan skrin besar, bateri berkapasiti tinggi dan reka bentuk yang kemas pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi dan Ciri REDMI A7

REDMI A7 dilengkapi skrin LCD 6.88 inci beresolusi 1640 x 720 piksel (260 PPI) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz AdaptiveSync. Turut disertakan ialah Wet Touch Technology yang membolehkan skrin kekal responsif walaupun ketika jari berada dalam keadaan basah atau berpeluh. Ianya hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu Black, Sky Blue dan Orchid Purple.

Dari segi prestasi, telefon ini dikuasakan cip Unisoc T7250 12nm dengan pemproses octa-core, dipadankan dengan 3GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 64GB berasaskan eMMC 5.1. Melalui ciri pengembangan memori, kapasiti RAM boleh ditingkatkan sehingga 6GB dengan menggunakan sebahagian ruang storan dalaman.

Untuk fotografi, REDMI A7 dilengkapi kamera utama AI 13MP dengan apertur f/2.2 dan sensor bersaiz 1/3.06 inci. Kamera ini turut menyokong mod malam untuk rakaman dalam keadaan cahaya rendah. Di bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP dengan apertur f/2.0.

REDMI A7 menggunakan bateri berkapasiti 5200mAh yang menurut Xiaomi mampu bertahan sehingga 1.78 hari berdasarkan penggunaan harian biasa atau DOU. Ia turut menyokong pengecasan 15W. Xiaomi mendakwa bateri ini mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% daripada kapasiti asal selepas 1,000 kitaran pengecasan.
Antara ciri lain yang disertakan ialah sensor cap jari di sisi, AI Face Unlock, bicu audio 3.5mm serta sokongan Wi-Fi dwi-jalur 2.4GHz dan 5GHz.
Harga dan Ketersediaan REDMI A7 di Malaysia

REDMI A7 akan mula dijual di Malaysia pada 15 September dan buat masa ini hanya ditawarkan dalam satu konfigurasi, iaitu 3GB RAM bersama storan 64GB pada harga RM469. Telefon ini boleh didapati di Xiaomi Store di seluruh negara, menerusi laman mi.com serta Xiaomi Official Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, tertakluk kepada ketersediaan stok.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
CelcomDigi Raih Dua Rekod Dunia Guinness Menerusi Siaran Langsung Mega Gegar 20 Juta
PerySmith Lancar AirStick Pro, Vakum Tiub Ultra-Langsing Pertama Jenama Malaysia
Tune Talk Tawarkan E-Roaming Percuma di Arab Saudi untuk Jemaah Haji dan Umrah