Menu

Masih Belum Buat Keputusan? Anda Ada Sehingga 31 Ogos Untuk Opt Out Skim Lindung 24 Jam PERKESO

Alyaa 1 week ago

Pekerja Malaysia mempunyai masa sehingga 31 Ogos 2026 untuk menarik diri (opt out) daripada Skim Lindung 24 Jam PERKESO. Sekiranya tiada tindakan diambil sebelum tarikh tersebut, anda akan didaftarkan secara automatik sebagai pencarum. Oleh itu, mereka yang tidak mahu menyertai skim ini perlu mengemukakan Notis Pelepasan Liabiliti menerusi portal Lindung Faedah sebelum tarikh akhir.

Menurut PERKESO, pekerja yang tidak menghantar borang sebelum 31 Ogos 2026 akan dianggap bersetuju menyertai skim tersebut. Sebaik sahaja didaftarkan, caruman akan diteruskan berdasarkan prinsip “sekali layak, terus layak.” Ini bermakna keputusan untuk tidak membuat sebarang tindakan sebelum tarikh akhir akan menyebabkan anda terus dilindungi di bawah skim tersebut.

Lindung 24 Jam atau Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan perlindungan tambahan yang melindungi pekerja daripada kemalangan di luar waktu bekerja. Jika perlindungan PERKESO sedia ada hanya meliputi kemalangan semasa bekerja atau ketika perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja, Lindung 24 Jam pula meliputi kemalangan yang berlaku di luar urusan pekerjaan, seperti terjatuh di rumah, kemalangan jalan raya ketika urusan peribadi dan cedera ketika bersukan atau melakukan aktiviti riadah.

Berbeza dengan caruman PERKESO biasa yang melibatkan majikan, caruman Lindung 24 Jam ditanggung sepenuhnya oleh pekerja.

Kadar caruman adalah seperti berikut:

  • 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2028: 0.75% daripada gaji.
  • 1 Jun 2028 hingga 31 Mei 2031: 1%.
  • Mulai 1 Jun 2031: 1.25%.

Penyertaan skim ini kini bergantung kepada pilihan pekerja tempatan. Jika anda ingin terus menikmati perlindungan 24 jam, anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana penyertaan akan dibuat secara automatik selepas 31 Ogos 2026. Sebaliknya, jika anda tidak mahu menyertai skim ini, anda perlu log masuk ke portal Lindung Faedah dan menghantar Notis Pelepasan Liabiliti sebelum tarikh akhir tersebut.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –