Kain cindai bersulam sembilan, hati yang rindu akhirnya dipertemukan. Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal kembali ke pentas besar menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara, sebuah persembahan yang meraikan keindahan muzik tradisional Melayu dan Nusantara.
Konsert ini akan berlangsung pada 17 Oktober 2026, jam 8.30 malam di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan tumpuan kepada karya-karya tradisional yang cukup sinonim dengan perjalanan seni beliau seperti Cindai, Nirmala, Balqis dan Joget Pahang.
Tarikh Jualan Tiket
Terdapat dua fasa jualan tiket untuk Konsert Gema Bumantara:

1. Pra-Jualan Eksklusif Pemegang Kad AFFIN
Sebagai penaja utama konsert, AFFIN menawarkan akses awal kepada pemegang Kad Debit dan Kad Kredit AFFIN. Pra-jualan berlangsung bermula 29 Jun 2026, jam 12.00 tengah hari sehingga 1 Julai 2026, jam 11.59 malam.
Bagi yang belum memiliki Kad AFFIN, anda masih boleh membuka akaun di mana-mana cawangan AFFIN untuk menikmati akses pra-jualan ini.
2. Jualan Umum
Bagi mereka yang tidak memegang Kad AFFIN, jualan tiket untuk umum bermula 2 Julai 2026, jam 12:00 tengah hari melalui platform tiket rasmi Ticket2u.
Kategori Tiket Dan Harga

Sebanyak 11 kategori tiket ditawarkan, daripada tempat duduk premium hinggalah pilihan yang lebih mampu milik.
Untuk makluman, Tiket OKU berharga RM500 merangkumi dua tiket, iaitu satu untuk penonton berkerusi roda dan satu lagi untuk pengiring.
Manakala kategori Restricted View merujuk kepada tempat duduk yang mempunyai pandangan pentas yang sebahagiannya terhalang. Pembeli disarankan menyemak pelan tempat duduk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian supaya dapat memilih kategori yang paling sesuai dengan bajet dan pengalaman yang diinginkan.
Keistimewaan Peminat (Fan Perks)

Selain pengalaman menonton konsert, pemegang tiket kategori tertentu turut menerima pelbagai barangan eksklusif.
1. Cindai — Ultimate VIP (RM 1,699)
- Makan sela (brunch) pada 18 Oktober 2026 (masa & lokasi akan dimaklumkan kemudian)
- Cenderakasih Misteri (Mystery Item)
- Tali Gantungan (Lanyard)
- Kipas Tangan Gema Bumantara
2. Kesuma — Super VIP (RM 1,499)
- Selempang (Mafla)
- Cenderakasih Misteri (Mystery Item)
- Tali Gantungan (Lanyard)
- Kipas Tangan Gema Bumantara
3. Nirmala — Hot Seat (RM 899)
- Selempang (Mafla)
- Kipas Tangan Gema Bumantara
Bagi peminat yang menyasarkan kategori Ultimate VIP, Super VIP atau Hot Seat, adalah disyorkan untuk mendapatkan tiket seawal mungkin kerana kategori premium lazimnya menjadi pilihan utama peminat setia.
Selain itu, pastikan anda membeli tiket hanya melalui saluran rasmi bagi mengelakkan risiko penipuan atau pembelian semula (scalping) daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Irama warisan kita tidak pernah lapuk dek hujan, tidak pernah lekang dek panas. Pada malam 17 Oktober nanti, TM Stadium Nasional Bukit Jalil bakal bergema dengan alunan tradisi menerusi persembahan penyanyi yang cukup dekat dengan jiwa muzik Melayu. Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan tiket anda sebelum kehabisan!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi Arena – Masuk Percuma, Daftar Sekarang
National Training Week 2026 Buka Pendaftaran Kursus Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120
HOMES Home Living Exhibition Kembali Ke KLCC 9-12 Julai Ini: Rebut Diskaun Lebih 630 Jenama!
Kontrak Baharu Diluluskan, Malaysia Kekal Dalam Kalendar MotoGP Sehingga 2031
Pengguna LRT Shah Alam Dapat Akses Percuma Ke AI World Experience Centre di i-City Sehingga 31 Julai