April 19, 2026

KLSCM 2026 Kembali Oktober Ini! Jangan Terlepas Tarikh Penting Pendaftaran

klscm2026

Bersedia untuk kembali menakluk jalanan ibu kota? Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2026 (KLSCM2026) bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 3 dan 4 Oktober 2026, dengan sasaran penyertaan seramai 43,000 pelari dari dalam dan luar negara!

Acara larian tahunan yang dinanti-nantikan ini mengajak semua peminat sukan untuk tandakan kalendar, ajak rakan larian, dan bersedia menjadi sebahagian daripada pengalaman larian paling meriah di Malaysia.

Tarikh Penting Pendaftaran

Pihak penganjur telah mengumumkan beberapa fasa pendaftaran seperti berikut:

1. Priority Registration (23 Februari – 1 Mac 2026)

Fasa ini khas untuk pelari yang layak dan ingin mendapatkan slot lebih awal sebelum dibuka kepada umum.

2. RFAR & Corporate Challenge (23 Februari – 31 Julai 2026*)

Sesuai untuk kumpulan korporat dan peserta program RFAR. Peluang terbaik untuk syarikat membina semangat berpasukan sambil menggalakkan gaya hidup sihat.

3. Public Registration (2 Mac – 31 Julai 2026*)

Pendaftaran terbuka kepada orang ramai bermula 2 Mac 2026.

*Tertakluk kepada kekosongan slot atau sehingga habis dijual (mana yang terdahulu).

Yuran Pendaftaran KLSCM2026

Berikut adalah kadar yuran penyertaan bagi setiap kategori untuk Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2026:

Full Marathon

  • Warganegara Malaysia: RM150
  • Bukan Warganegara: RM430

ASICS Half Marathon

  • Warganegara Malaysia: RM130
  • Bukan Warganegara: RM340

IHH 10km (Speed, Cruise & Leisure)

  • Warganegara Malaysia: RM100
  • Bukan Warganegara: RM260

5km (Fun Run)

  • Warganegara Malaysia: RM95
  • Bukan Warganegara: RM240

10km Corporate Challenge (Cruise)

  • Warganegara Malaysia: RM94

2km Kids Dash (Speed & Fun Run)

  • Warganegara Malaysia: RM55
  • Bukan Warganegara: RM110

800m Kids Dash (Speed & Fun Run)

  • Warganegara Malaysia: RM55
  • Bukan Warganegara: RM110

Yuran adalah tertakluk kepada terma dan syarat penganjur. Dengan pilihan kategori yang pelbagai, sama ada anda pelari berpengalaman mahupun ingin sertai larian santai bersama keluarga, KLSCM2026 menawarkan sesuatu untuk semua.

Acara Larian Bertaraf Antarabangsa

Dianjurkan oleh Dirigo Events, Standard Chartered KL Marathon terus mengekalkan reputasinya sebagai antara acara larian terbesar di Asia Tenggara. Dengan penyertaan puluhan ribu pelari setiap tahun, KLSCM bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif, malah menyatukan komuniti melalui semangat #TogetherWeRunFurther.

Peserta boleh menjangkakan pengalaman larian yang teratur, laluan menarik sekitar mercu tanda Kuala Lumpur, serta sokongan padu daripada komuniti dan sukarelawan.

Dengan sambutan yang sentiasa hangat setiap tahun, slot dijangka habis dengan cepat. Jadi, pastikan anda bersedia untuk mendaftar mengikut fasa yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran rasmi, layari laman web serta ikuti saluran media sosial rasmi di Facebook (Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon) atau Instagram (@klscmarathon) bagi mendapatkan perkembangan terkini.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp