April 15, 2026

Harga Minyak Terkini (13 – 19 November 2025): RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Semenanjung Naik 5 Sen

harga-minyak-13-19-november

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga runcit mingguan produk petroleum bagi tempoh 13 hingga 19 November 2025, selaras dengan perkembangan harga minyak mentah dunia. Pelarasan ini dibuat menerusi formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Naik 5 Sen

Berikut ialah harga runcit mingguan bagi produk petroleum yang berkuat kuasa mulai Khamis, 13 November 2025:

  • RON97: 🔺 Naik 5 sen kepada RM3.25/liter
  • RON95 Tanpa Subsidi: 🔺 Naik 5 sen kepada RM2.65/liter
  • RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99/liter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 5 sen kepada RM3.07/liter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15/liter

Diesel Naik Tiga Minggu Berturut-turut

Harga diesel di Semenanjung kini menunjukkan kenaikan bagi tempoh tiga minggu berturut-turut:

  • 30 Okt – 5 Nov 2025: Naik 6 sen ➡️ RM2.95/liter
  • 6 – 12 Nov 2025: Naik 7 sen ➡️ RM3.02/liter
  • 13 – 19 Nov 2025: Naik 5 sen ➡️ RM3.07/liter

Kerajaan menegaskan bahawa penetapan harga akan terus disemak berdasarkan tren pasaran global, namun keutamaan tetap diberi kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan harga.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp