Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun minggu ini selepas harga minyak mentah Brent menyusut menjelang penghujung tempoh pengiraan APM, walaupun sempat melepasi AS$90 setong pada minggu lalu.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia masing-masing diturunkan 5 sen seliter bagi tempoh 6 Ogos hingga 12 Ogos 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 6–12 Ogos 2026
Bagi tempoh 6 Ogos hingga 12 Ogos 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: 🔻 RM4.35 seliter (turun 5 sen)
- RON95: 🔻 RM3.77 seliter (turun 5 sen)
- Diesel: 🔻 RM4.57 seliter (turun 5 sen)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
Pasaran Global Masih Tidak Menentu Walaupun Harga Turun Minggu Ini
Menurut Kementerian Kewangan, walaupun harga minyak mentah Brent melepasi AS$90 setong pada minggu lalu, penurunan pada penghujung tempoh pengiraan harga APM telah menjurus kepada pengurangan harga petroleum tanpa subsidi minggu ini.
Keadaan geopolitik yang kekal tidak menentu, termasuk perkembangan berkaitan usaha perdamaian yang berubah dari hari ke hari, terus menyebabkan turun naik ketara dalam pasaran minyak dunia. Harga petroleum kekal sensitif terhadap risiko gangguan bekalan sekiranya laluan perkapalan utama, khususnya Selat Hormuz dan Laut Merah, terjejas susulan peningkatan konflik.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi