Sempena Hari Kemerdekaan, Express Rail Link (ERL) menawarkan diskaun 50% untuk tiket ulang-alik KLIA Transit ke Stesen Putrajaya dan Cyberjaya bagi memudahkan orang ramai menghadiri pelbagai acara di Putrajaya, terutamanya Perarakan Hari Kebangsaan 2026.
Tambang promosi ini sah untuk perjalanan pada 29 hingga 31 Ogos 2026, meliputi laluan ulang-alik berikut:
- KL Sentral ↔ Putrajaya dan Cyberjaya
- Bandar Tasik Selatan ↔ Putrajaya dan Cyberjaya
- Putrajaya dan Cyberjaya ↔ Salak Tinggi
Tawaran ini terbuka kepada penumpang dewasa dan kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun. Menariknya, kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah boleh menaiki KLIA Transit secara percuma dengan setiap pembelian tiket dewasa, terhad kepada maksimum tiga kanak-kanak bagi setiap penumpang dewasa. Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi mudah alih KLIA Ekspres atau laman web rasmi KLIA Ekspres, dengan tempoh pembelian bermula dari 26 hingga 31 Ogos.

Selain itu, ERL juga akan mengedarkan Pek Merdeka eksklusif kepada 200 penumpang terawal yang tiba di Stesen Putrajaya dan Cyberjaya pada 31 Ogos. Setibanya di sana, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan oleh Prasarana dan Perbadanan Putrajaya dari Putrajaya Sentral ke pelbagai lokasi acara di sekitar bandar.
Bagi yang mahu memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, perarakan utama akan berlangsung pada 31 Ogos, manakala raptai penuh boleh disaksikan pada 29 Ogos. Sepanjang tempoh sambutan, pengunjung boleh menikmati pelbagai acara menarik seperti Riuh Merdeka dan Ambang Merdeka 2026. Untuk terma serta butiran penuh, layari laman web rasmi KLIA Ekspres.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Eco-Shop Himpunkan Hampir 300 Kanak-Kanak Menerusi Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter