Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun RM15 untuk perjalanan sehala bagi tiket ETS Kelas Standard menerusi promosi 8.8 Awesome August yang berlangsung pada 8 Ogos 2026.
Menerusi promosi ini, pengguna hanya perlu menggunakan kod ETS88RM15 ketika membuat pembelian tiket. Tempahan dibuka bermula jam 12.15 pagi pada 8 Ogos, manakala tiket yang dibeli boleh digunakan untuk perjalanan antara 1 September hingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada ketersediaan kod promo.
Diskaun RM15 diberikan bagi setiap tiket dewasa dengan harga minimum RM40. Promosi ini terpakai untuk perkhidmatan ETS Kelas Standard, manakala Kelas Perniagaan tidak termasuk dalam tawaran.
Promosi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang membeli tiket individu menggunakan kad pengenalan masing-masing. Bagaimanapun, tiket konsesi seperti warga emas, pelajar (i-Card), OKU dan pesara tidak layak menerima diskaun ini.
Pengguna boleh menebus promosi menerusi laman web rasmi KTMB, aplikasi KITS dan KITS Style, selain mesin kios tiket atau Ticket Vending Machine (TVM).
Bagaimanapun, promosi ini hanya melibatkan perkhidmatan ETS dan tidak terpakai untuk KTM Intercity, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Lembah Klang, KTM Komuter Utara serta Komuter Shuttle Selatan.
Pembeli juga perlu mengambil perhatian bahawa tiket yang dibeli menggunakan kod promo ini tidak boleh dibatalkan. Seperti biasa, promosi tertakluk kepada kekosongan tempat duduk, peruntukan kod promo serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh KTMB.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Facebook rasmi KTM Berhad.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter