CelcomDigi Berhad, dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam industri hiburan tempatan menerusi pelancaran program Borneo Rising. Program selama lapan minggu ini merupakan pertandingan nyanyian realiti TV pertama di Malaysia yang dikhususkan untuk bakat dari Malaysia Timur.
Apa yang menarik, program ini akan dianjurkan sepenuhnya di Malaysia Timur, memberi peluang kepada artis muda dari Sabah dan Sarawak untuk mengetengahkan bakat mereka lebih dekat dengan komuniti sendiri. Selepas jelajah uji bakat selama sebulan di kedua-dua negeri, Borneo Rising akan memasuki peringkat pertandingan bermula September ini.
Selain menjadi pentas pertandingan, Borneo Rising turut mengetengahkan warisan muzik, kepelbagaian budaya dan semangat kreatif Sabah serta Sarawak, membuka ruang untuk peserta berkongsi kisah, identiti dan aspirasi tempatan menerusi muzik.
Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling berkata, pihaknya teruja untuk menggabungkan jangkauan CelcomDigi di seluruh negara dengan kepakaran Astro dalam pembangunan bakat dan hiburan.
“Program seperti Borneo Rising bukanlah usaha sekali sahaja bagi CelcomDigi. Ia mencerminkan komitmen kami untuk melangkaui sekadar sambungan digital dengan mewujudkan pengalaman yang menyatukan masyarakat, mengeratkan ikatan komuniti serta menyokong minat yang penting kepada pelanggan kami,” katanya.
Bagi menambah lagi kemeriahan, jelajah roadshow Borneo Rising turut akan diadakan di beberapa lokasi terpilih, dengan pelbagai pengalaman interaktif, promosi eksklusif CelcomDigi serta tawaran menarik untuk peranti.
Selain itu, pelanggan prabayar CelcomDigi di seluruh negara boleh menyokong peserta kegemaran mereka dengan mendapatkan mata undian tambahan bagi setiap tambah nilai yang dilakukan. Mereka juga berpeluang memenangi tiket ke rancangan langsung, sesi meet-and-greet serta watch party eksklusif menerusi pelbagai peraduan dan giveaway di platform media sosial CelcomDigi.
Butiran lanjut mengenai aktiviti, mekanisme undian dan pengalaman eksklusif Borneo Rising akan dikongsikan tidak lama lagi.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Tune Talk Turns 17 Birthday Bash: Festival Percuma dengan Konsert, Bazar Makanan dan Hadiah RM160,000
Pengguna SPayLater Boleh Menikmati Promosi Beli 1 Percuma 1 Tiket Wayang di GSC
GSC Play Tawar Activity Kit Spider-Man: Brand New Day Percuma – Beli 2 Tiket Dan Dapatkan Kit Edisi Khas
7 K-Drama Terbaik 2026 Yang Patut Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda Tahun Ini
Apple Naikkan Harga Apple Music di Malaysia, Pelan Individu Kini RM17.90 Sebulan