Senarai Destinasi Paling Murah Untuk Percutian April-Mei Menurut AGODA
Row of boat park by the coast of Kuala Terengganu against the new drawbridge. Soft focus effect due to large aperture setting.
Platform pelancongan digital Agoda telah mengumumkan senarai destinasi dengan harga paling murah untuk percutian pada bulan April dan Mei 2025. Dari pantai yang mendamaikan hingga ke bandar yang sarat dengan aktiviti, senarai ini membantu pelancong yang bijak berbelanja untuk menikmati percutian tanpa perlu merasa risau tentang kos yang tinggi.
Phong Nha di Vietnam muncul sebagai juara dengan purata harga bilik serendah RM124 semalam*, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang inginkan pengembaraan dan keindahan semula jadi.
Selain Phong Nha, Tirupati di India dan Hat Yai di Thailand turut tersenarai di tiga kedudukan teratas, dengan purata harga bilik masing-masing RM150 dan RM177 semalam.

Destinasi-destinasi ini menawarkan gabungan unik pengalaman budaya, kulinari, dan pemandangan yang memukau, sesuai untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.
Di Malaysia, Kuala Terengganu muncul sebagai destinasi paling berpatutan untuk tempoh perjalanan akan datang, dengan kadar bilik purata RM213 semalam.
Pertama kali tersenarai dalam kedudukan ini, bandar tepi pantai ini berjaya memintas Kuching, yang sebelum ini memegang gelaran tersebut bagi April-Mei 2024 dan musim cuti hujung tahun.
