Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan MyGOV Malaysia, sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan kerajaan.
Inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan rakyat mengakses maklumat, membuat semakan, serta mengurus permohonan perkhidmatan awam dengan lebih efisien — semuanya melalui satu aplikasi yang ringkas dan praktikal.
Akses Mudah Melalui MyDigital ID
Untuk menggunakan aplikasi ini, hanya warganegara Malaysia yang memiliki MyDigital ID dibenarkan mendaftar masuk. Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh memuat turun dan mendaftar akaun MyDigital ID terlebih dahulu. Pastikan aplikasi MyDigital ID anda dikemas kini ke versi 2.3.2 atau lebih baharu bagi memastikan kelancaran log masuk ke MyGOV.
Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi

Antara kategori perkhidmatan yang ditawarkan melalui aplikasi MyGOV termasuk:
- Pengangkutan: Semakan saman JPJ, lesen, dan ujian memandu
- Kesihatan & Kebajikan: Semakan bantuan mangsa bencana dan perkhidmatan JKM
- Persaraan: Kemudahan untuk pesara kerajaan
- Pendidikan: Semakan keputusan peperiksaan utama
- Urusan Tanah: Semakan harta tanah Persekutuan
- Berita dan Hebahan: Notifikasi rasmi berkaitan kerajaan
- Lain-lain perkhidmatan: Akan ditambah dari semasa ke semasa
Fungsi seperti permohonan dan pembayaran akan diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.
Maklumat Digital Yang Lebih Lengkap

Selain perkhidmatan asas, MyGOV turut dilengkapi ciri tambahan seperti Kad Digital untuk akses dokumen penting (MyKad, lesen, pasport, kad OKU) dalam satu aplikasi. Ia juga memudahkan pengguna menetapkan temujanji klinik kesihatan, selain menyediakan berita rasmi, notifikasi makluman dan info cuaca berdasarkan lokasi.
Dengan ini, MyGOV berfungsi bukan sahaja sebagai pusat sehenti digital kerajaan, tetapi juga sumber maklumat harian untuk rakyat.
Melalui kemaskini berterusan dan integrasi lebih banyak agensi, aplikasi ini dijangka menjadi platform utama bagi rakyat Malaysia mengurus keperluan kerajaan secara digital — lebih mudah, pantas dan selamat.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

MyDIGITAL Corporation dan Pepper Labs Perkukuh Pembelajaran AI dalam Komuniti Menerusi Rakyat Digital
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
OpenAI Perkenal ChatGPT for Teens, Fokus Pembelajaran dengan Perlindungan Lebih Ketat
Xiaomi Umum Meerqeen Sebagai Duta Siri REDMI Note 17 Menjelang Pelancaran Rasmi 2 September
Ryt Bank Kini Benarkan Pengaktifan Akaun Menerusi ATM dan Cawangan Bank
Google Kini Benarkan Watermark Gemini Dimatikan, Tapi Kandungan AI Masih Boleh Dikesan