Menu

HOKA Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Kedai Baharu di Pavilion Kuala Lumpur

Alyaa 4 days ago

Buat peminat sukan larian dan aktiviti luar, HOKA kini membuka kedai terbaharunya di Pavilion Kuala Lumpur, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting buat jenama tersebut di Malaysia. Pembukaan ini turut mencerminkan komitmen jangka panjang HOKA terhadap pasaran tempatan serta usahanya untuk mendekati lebih ramai pengguna di negara ini.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2024, HOKA terus berkembang seiring dengan peningkatan minat terhadap sukan larian dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan komuniti larian tempatan yang semakin aktif, jenama itu kini memperluas rangkaian kedainya bagi membolehkan lebih ramai pengguna mencuba sendiri produk dan teknologi yang ditawarkan.

Terletak di tengah-tengah ibu kota, kedai HOKA di Pavilion Kuala Lumpur menawarkan rangkaian lengkap kasut dan pakaian untuk pelbagai aktiviti, termasuk larian jalan raya, larian denai (trail running), mendaki serta kegunaan harian.

Setiap kategori menampilkan teknologi kasut HOKA yang mengutamakan kusyen, keselesaan dan prestasi bagi membantu pengguna bergerak dengan lebih yakin, sama ada ketika berlari, berjalan atau melakukan aktiviti luar.

β€œLebih daripada sekadar ruang runcit, HOKA Pavilion Kuala Lumpur melambangkan lembaran baharu buat HOKA serta komitmen kami untuk membawa inovasi prestasi kepada lebih ramai pelari, mereka yang gemar berjalan dan penggiat aktiviti harian,” kata Ketua Negara REV Edition Sdn Bhd, Regine Wong.

Menurut beliau, pembukaan ini hanyalah permulaan kepada perancangan HOKA di Malaysia. Jenama itu bercadang untuk terus memperluas kehadiran runcitnya di seluruh negara, selain mencari lebih banyak peluang untuk mendekati pengguna menerusi pelbagai program komuniti dan kerjasama strategik.

Pembukaan kedai di Pavilion Kuala Lumpur ini menyusuli kerja naik taraf dan peluasan kedai HOKA di Suria KLCC baru-baru ini, sekali gus mengukuhkan kehadiran jenama tersebut di dua lokasi utama di ibu kota.

Selain memperluas rangkaian kedainya, HOKA turut aktif mendekati komuniti larian tempatan menerusi inisiatif seperti HOKA Run Club dan Run It Again. Program-program ini menghimpunkan pelari menerusi aktiviti larian berkumpulan serta sesi latihan berstruktur untuk membantu mereka mencapai sasaran masing-masing.

Usaha tersebut selari dengan falsafah jenama HOKA, Fly Human Fly, yang membawa mesej bahawa pergerakan mampu membantu seseorang meneroka dan mencapai potensi diri.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! πŸ‘‡πŸ»

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –