vivo telah memperkenalkan vivo V80 Lite 5G sebagai peranti kelas pertengahan terbaharu mereka di Malaysia. Selain menawarkan spesifikasi yang kompetitif untuk kegunaan harian, model ini turut mencuri perhatian selepas menerima pengiktirafan Guinness World Records menerusi ketahanan baterinya dalam satu pengecasan.
Spesifikasi vivo V80 Lite 5G

Sudah pastinya, tarikan utama peranti ini terletak pada bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh. Menurut vivo, bateri ini mampu menyokong penggunaan untuk siaran langsung sehingga 32 jam 37 minit. Ia turut menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge serta fungsi pengecasan terbalik untuk mengecas peranti atau aksesori lain.

Untuk paparan, vivo V80 Lite 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.83 inci dengan resolusi 2800 x 1260 piksel dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrin ini turut menawarkan ketumpatan piksel 449 ppi, kecerahan sehingga 2,000 nits dalam mod kecerahan tinggi serta liputan penuh gamut warna DCI-P3.

Dari segi prestasi, vivo V80 Lite 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300e berasaskan proses 6nm dengan konfigurasi lapan teras, terdiri daripada empat teras 2.5GHz dan empat teras 2.0GHz. Ia ditawarkan dalam tiga konfigurasi memori dan storan, iaitu 6GB + 128GB, 6GB + 256GB serta 8GB + 256GB, menggunakan RAM LPDDR4X dan storan UFS 3.1. Peranti ini menjalankan Android 16 dengan antara muka OriginOS 6.

Untuk fotografi, bahagian belakang menempatkan kamera utama 50MP (f/1.8) menggunakan sensor Sony IMX852, serta kamera bokeh 2MP (f/2.4). Sementara itu, kamera swafoto 32MP (f/2.0) ditempatkan di bahagian hadapan. vivo turut menyediakan mod Dual View yang membolehkan pengguna merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak, di mana ciri ini hanya tersedia pada varian 8GB + 256GB.

Walaupun membawa bateri sebesar 10,000mAh, vivo V80 Lite 5G masih mengekalkan ketebalan 8.59mm dengan berat 224g. Ia hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu Pink, Green dan Black.
Antara ciri lain yang disediakan termasuk penarafan ketahanan habuk dan air IP68/IP69, pengimbas cap jari optik dalam paparan, NFC, Bluetooth 5.4, sokongan dwi-SIM 5G serta pembesar suara stereo. vivo juga masih menyertakan pengecas dan kabel USB di dalam kotak, bersama sarung pelindung serta pelindung skrin yang siap dipasang pada peranti.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia


vivo V80 Lite 5G kini dibuka untuk pra-pesanan di Malaysia sehingga 11 September, di semua vivo Concept Store di seluruh negara serta kedai dalam talian rasmi mereka. Berikut adalah harga bagi setiap varian:
- 6GB RAM + 128GB: RM1,499
- 6GB RAM + 256GB: RM1,799
- 8GB RAM + 256GB: RM1,999
Sebagai sebahagian daripada tawaran pelancaran, setiap pra-pesanan akan disertakan dengan rebat tunai RM100, di samping sebuah projektor pintar percuma bernilai RM699, beg galas, pemegang kad serta fon telinga V Selection.
Menariknya lagi, anda turut boleh menikmati rebat tambahan RM100 sekiranya membelinya menerusi pelan ansuran 0% selama 6 atau 12 bulan bersama rakan bank terpilih, iaitu Hong Leong Bank, Public Bank, UOB atau OCBC.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
Samsung Kemas Kini Harga Galaxy A57 5G dan A37 5G, Berkuat Kuasa 7 September