Yobe Malaysia telah melancarkan Yobe Crafted, iaitu cawangan berkonsep baharu di Tuah 1895 BBCC, serentak dengan pengumuman kumpulan lelaki tempatan yang semakin popular, ALPHA, sebagai Duta Jenama pertama mereka.
Sebagai jenama yang membanggakan identiti Anak Malaysia, Yobe terus memperluas kehadirannya di seluruh negara menerusi rangkaian Yobe Crafted, Yobe Mini Vending dan konsep Yobe Crafted Flagship, berteraskan janji jenama iaitu Pure Happiness in Every Swirl.
Dengan pembukaan cawangan di Tuah 1895 BBCC ini, Yobe kini telah membuka lima cawangan dalam tempoh hanya empat bulan. Bukan itu sahaja, tujuh lagi cawangan turut dirancang untuk dibuka menjelang akhir tahun 2026. Konsep baharu ini menghimpunkan rangkaian penuh yogurt sejuk beku dan pencuci mulut Yobe, di samping inovasi produk baharu untuk dinikmati pada bila-bila masa.

“Kami mahu Yobe Malaysia menjadi lebih daripada sekadar jenama yogurt sejuk beku; kami mahu mencipta detik-detik kegembiraan yang boleh dinikmati dan dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yobe Malaysia, Leon Tang.
Pelancaran ini turut diserikan dengan majlis menandatangani kerjasama yang memperkenalkan ALPHA, dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Ray-D, Araff dan Sky, sebagai Duta Jenama pertama Yobe Malaysia.
Berlangsung sempena musim Merdeka, kerjasama ini menyatukan dua nama tempatan menerusi mesej bersama, “Swirled in Malaysia, for the World”, bagi meraikan bakat Malaysia, budaya belia serta aspirasi membawa kreativiti tempatan ke persada dunia.
“ALPHA dan Yobe Malaysia berkongsi identiti tempatan yang sama serta semangat untuk menghasilkan sesuatu yang segar buat generasi baharu. Bersama-sama, kami berharap dapat menunjukkan bahawa kebanggaan sebagai rakyat Malaysia mampu menjadi sumber kreativiti, keyakinan dan inspirasi,” tambah Leon.

Buat para peminat, kolaborasi Yobe Crafted x ALPHA turut membawa beberapa pengalaman eksklusif yang pastinya wajib dikumpul, iaitu:
- Yobe Stamp & Collect, yang menampilkan koleksi kad foto (photocard) eksklusif ALPHA.
- Yobe Crafted blind box, untuk pengalaman koleksi yang lebih mengujakan
- Barangan edisi terhad ALPHA, yang boleh didapati bermula hari ini.
Kesemua pengalaman ini bertujuan menyatukan peminat ALPHA dan rakyat Malaysia menerusi pengalaman jenama tempatan yang seronok dan interaktif.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yobe Malaysia dan promosi terkini, anda boleh melayari laman rasmi Yobe atau ikuti @yobemalaysia di Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
MyDIGITAL Corporation dan Pepper Labs Perkukuh Pembelajaran AI dalam Komuniti Menerusi Rakyat Digital
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek