Kalau anda makan nasi lemak pagi tadi tetapi rasanya macam biasa sahaja, Spritzer Sparkling ada mesej khas untuk anda sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 ini.
Jenama air mineral semula jadi nombor satu Malaysia itu baru sahaja melancarkan kempen ‘Reset Rasa’, yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati semula kelazatan hidangan tempatan kegemaran kita, bukan dengan mengubah resipinya, tetapi dengan mengubah cara kita menikmatinya.
Apa Itu Reset Rasa?

Idea di sebalik kempen ini mudah dan dekat dengan kehidupan seharian. Kita menikmati nasi lemak, sate, kuetiau goreng dan roti canai begitu kerap sehingga hidangan-hidangan ini mungkin mula terasa biasa.
Keistimewaan rasanya perlahan-lahan mungkin tidak lagi begitu disedari, bukan kerana makanan itu berubah, tetapi kerana kita sudah terlalu biasa menikmatinya.
Menerusi ‘Reset Rasa’, Spritzer Sparkling ingin mengingatkan kita bahawa kadangkala, bukan makanan yang perlu diubah atau diolah semula. Sebaliknya, cara kita menikmatinya yang perlu di-‘reset’.
Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan berkata, “Makanan merupakan tali penghubung yang menyatukan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, bahasa atau latar belakang. Melalui ‘Reset Rasa’, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghayati semula keistimewaan tersebut. Luangkan masa untuk menikmati dan menghargai keunikan cita rasa hidangan ikonik tempatan yang sudah sebati dengan kita, tetapi dengan pengalaman rasa yang baharu.”
Kenapa Spritzer Sparkling?
Spritzer Sparkling diketengahkan sebagai minuman yang sesuai dinikmati bersama pelbagai hidangan tempatan. Menurut Spritzer, ia menawarkan tiga manfaat utama untuk melengkapi pengalaman menikmati makanan:
- Menyegarkan Deria: Kandungan gas dalam Spritzer Sparkling membantu menyegarkan deria rasa dan membangkitkan selera ketika menikmati hidangan, menjadikan setiap suapan terasa lebih segar.
- Mengekalkan Keaslian Rasa: Tanpa gula dan tanpa kalori, Spritzer Sparkling membolehkan anda menikmati rasa sebenar makanan tanpa rasa manis daripada minuman lain yang boleh mengganggu cita rasa hidangan.
- Meningkatkan Pengalaman Rasa: Ia membantu menyegarkan deria rasa antara setiap suapan, sekali gus membolehkan anda terus menikmati hidangan dari suapan pertama hingga terakhir.
Filem Komersial Merdeka Yang Menyentuh Hati

Bersempena dengan kempen ini, Spritzer turut menerbitkan filem komersial Merdeka ‘Reset Rasa’ menerusi saluran YouTube rasmi mereka. Filem pendek ini mengetengahkan rasa bangga, nostalgia dan kegembiraan rakyat Malaysia ketika menikmati hidangan tempatan kegemaran.
Ia turut membawa mesej bahawa makanan merupakan antara perkara yang menyatukan rakyat Malaysia, terutama apabila dinikmati dan dikongsi bersama.
Anda boleh menonton filem komersial ‘Reset Rasa’ menerusi saluran YouTube rasmi Spritzer dan mungkin selepas ini, nasi lemak yang biasa anda nikmati akan terasa sedikit lebih istimewa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai resipi serta tarikh dan lokasi siri jelajah Spritzer Sparkling, sila layari laman sesawang kempen di: Merdeka 2026: Reset Rasa dengan Spritzer Sparkling.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


ART KL 2026: Karya Seni Generasi Baharu Asia Tenggara Bakal Warnai APW Bangsar Oktober Ini
HONOR Bawa Robot Humanoid ke Malaysia, Bakal Sertai Malaysia Marathon dan Perarakan Hari Kebangsaan
MPL Malaysia Musim 18 Kini Bermula, 8 Pasukan Rebut Kejuaraan dan Slot ke Kejohanan Dunia M8
Munchy’s Sambut Ulang Tahun Ke-35 dengan Sumbangan Produk RM500,000 Sempena HKHM 2026
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Tune Talk Turns 17 Birthday Bash: Festival Percuma dengan Konsert, Bazar Makanan dan Hadiah RM160,000