Astro meraikan ulang tahun ke-30 dengan memberikan semua pelanggannya akses percuma kepada semua saluran Astro bermula 15 Ogos hingga 16 September 2026. Tawaran ini diberikan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan rakyat Malaysia sepanjang tiga dekad. Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan juga boleh menikmati dua saluran istimewa tambahan secara percuma, iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120).

Astro 30 tersedia sehingga 31 Oktober 2026 dengan menampilkan barisan filem blockbuster, konsert dan program pilihan, termasuk kesemua lapan filem Spider-Man, Borneo Rising serta The Last Kopek Senario Reunion 30 Tahun. Aniplus pula tersedia sehingga 31 Disember 2026 dan menawarkan pelbagai siri anime terbaharu serta popular dari Jepun. Pelanggan turut menerima akses kepada Astro X3 yang baru dilancarkan pada pelbagai peranti TV pintar, membolehkan mereka menstrim kandungan terus menerusi aplikasi Astro tanpa memerlukan penyahkod (decorder). Pelanggan NJOI pula akan menikmati empat saluran tambahan secara percuma bermula 13 Ogos 2026, menjadikan jumlah keseluruhan saluran yang tersedia kepada 26.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Astro bakal mengadakan Astro30 Showcase pada Ahad, 23 Ogos 2026, dari jam 4 petang hingga 10 malam di Pintu Masuk Utama, Pavilion Kuala Lumpur. Pengunjung berpeluang bertemu barisan pelakon daripada siri dan filem akan datang termasuk Wolong: The Mastermind, Visham, Kudrat dan Terbang, selain menikmati pelbagai persembahan serta aktiviti interaktif sepanjang acara berlangsung.

Sambutan ulang tahun ini turut diperluaskan menerusi kempen KITA FM 2026 yang menampilkan jelajah bas, siaran langsung, sesi ramah mesra dan pelbagai pengalaman interaktif. Inisiatif tersebut akan bermula sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya sebelum melabuhkan tirai di Kuching, Sarawak pada 16 September 2026.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Tune Talk Turns 17 Birthday Bash: Festival Percuma dengan Konsert, Bazar Makanan dan Hadiah RM160,000
Rapid KL Lanjutkan Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Sehingga 14 Ogos
Pengguna SPayLater Boleh Menikmati Promosi Beli 1 Percuma 1 Tiket Wayang di GSC
GSC Play Tawar Activity Kit Spider-Man: Brand New Day Percuma – Beli 2 Tiket Dan Dapatkan Kit Edisi Khas
7 K-Drama Terbaik 2026 Yang Patut Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda Tahun Ini
Apple Naikkan Harga Apple Music di Malaysia, Pelan Individu Kini RM17.90 Sebulan