Samsung Wallet kini menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran di Malaysia dengan penambahan Kad Debit-i Visa MBSB Bank. Dengan sokongan terbaharu ini, pelanggan MBSB Bank boleh menambah kad mereka ke Samsung Wallet dan membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan telefon pintar atau jam tangan Galaxy yang serasi tanpa perlu membawa kad fizikal.
Dari segi keselamatan, Samsung Wallet tidak menggunakan nombor kad sebenar ketika transaksi dilakukan. Sebaliknya, maklumat kad digantikan dengan token digital unik, manakala setiap pembayaran perlu disahkan menggunakan ciri keselamatan yang tersedia pada peranti.

Bersempena penambahan ini, MBSB Bank turut menawarkan kempen “Tap Smart. Win Big.” yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2026. Pelanggan yang menambah Kad Debit-i Visa MBSB Bank ke Samsung Wallet dan melengkapkan transaksi tanpa sentuh pertama yang layak akan menerima baucar ZUS Coffee bernilai RM5.
Selain itu, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM30 dalam satu transaksi yang layak turut berpeluang memenangi sebuah Samsung Galaxy Tab.

Untuk mula menggunakan kad tersebut, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan:
- Buka aplikasi Samsung Wallet pada telefon pintar Galaxy anda.
- Tekan All, kemudian pilih Payment cards.
- Jika ini kali pertama anda menambah kad, pilih Add payment cards. Jika sudah mempunyai kad lain dalam Samsung Wallet, tekan ikon Tambah (+) dan pilih Add payment cards.
- Imbas Kad Debit-i Visa MBSB Bank anda atau masukkan maklumat kad secara manual.
- Lengkapkan proses pendaftaran dan pengesahan yang diperlukan.
- Selepas berjaya disahkan, kad tersebut boleh digunakan untuk membuat pembayaran melalui Samsung Wallet.
Selain kad pembayaran, Samsung Wallet juga boleh digunakan untuk menyimpan beberapa item digital lain seperti kunci digital dan pas masuk penerbangan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, pengguna boleh merujuk laman rasmi MBSB Bank x Samsung Wallet.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

iQOO 15 Tampil Sebagai Peranti Rasmi untuk Aksi Esports SUKMA XXII Selangor 2026
Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
DuitNow Tergendala 4 Jam Pada 18 Ogos – Rancang Transaksi Anda Lebih Awal
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699