Menu

POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500

Alyaa 1 hour ago

POCO Carnival 2026 kini kembali sebagai sambutan tahunan terbesar POCO dan berlangsung dari 7 hingga 31 Ogos. Bertemakan “From 8 to ∞”, karnival tahun ini menandakan ulang tahun kelapan POCO sambil meraikan perjalanan serta pencapaian jenama itu sejak lapan tahun lalu. Sepanjang tempoh karnival, POCO menawarkan pelbagai promosi eksklusif menerusi mi.com dan platform e-dagang utama termasuk Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Tawaran ini merangkumi telefon pintar perdana, model pertengahan, model mampu milik serta tablet POCO.

Antara produk utama yang termasuk dalam promosi ialah POCO F8 Ultra pada harga serendah RM3,199, POCO F8 Pro serendah RM2,199, POCO X8 Pro Max serendah RM2,149 dan POCO X8 Pro serendah RM1,649. Promosi turut melibatkan beberapa model lain seperti POCO M8 5G, POCO M8s, POCO C71, POCO C81 Pro dan POCO C85, selain barisan tablet POCO Pad M1, POCO Pad X1 dan POCO Pad C1. Tawaran ini boleh didapati di kedai rasmi POCO melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop serta di mi.com selagi stok masih ada.

Berikut ialah senarai harga tawaran sepanjang POCO Carnival 2026 selagi stok masih ada:

Produk Harga Biasa Tawaran POCO Carnival
POCO F8 Ultra (12GB+256GB) RM3,299 RM3,199
POCO F8 Ultra (16GB+512GB) RM3,599 RM3,399
POCO F8 Pro (12GB+256GB) RM2,699 RM2,199
POCO F8 Pro (12GB+512GB) RM2,899 RM2,399
POCO X8 Pro Max (12GB+256GB) RM2,499 RM2,149
POCO X8 Pro Max (12GB+512GB) RM2,699 RM2,349
POCO X8 Pro (8GB+256GB) RM1,899 RM1,649
POCO X8 Pro (8GB+512GB) RM2,099 RM1,849
POCO X8 Pro (12GB+512GB) RM2,299 RM2,049
POCO M8 (8GB+256GB) RM999 RM869
POCO M8 (8GB+512GB) RM1,199 RM999
POCO M8s (6GB+128GB) eksklusif mi.com RM899 RM799
POCO M8s (8GB+256GB) eksklusif mi.com RM999 RM899
POCO M7 (6GB+128GB) RM829 RM729
POCO M7 (8GB+256GB) RM929 RM829
POCO C71 (4GB+64GB) RM529 RM489
POCO C71 (4GB+128GB) RM629 RM529
POCO C81 Pro (4GB+128GB) RM629 RM529
POCO C81 Pro (4GB+256GB) RM729 RM599
POCO C85 (6GB+128GB) RM629 RM599
POCO C85 (8GB+256GB) RM759 RM729
POCO M7 (6GB+128GB) RM829 RM729
POCO Pad X1 (8GB+512GB) RM1,499 RM1,399
POCO Pad M1 (8GB+256GB) RM1,199 RM1,099
POCO Pad C1 (4GB+64GB) RM599 RM559
POCO Pad C1 (6GB+128GB) RM699 RM659

POCO turut mengadakan aktiviti khas untuk peminat global menerusi Facebook dan X sepanjang karnival ini. Melalui cabaran “Complete Your ∞”, peserta hanya perlu melengkapkan bahagian kanan simbol “∞” mengikut kreativiti masing-masing sebelum berkongsi hasil karya dengan tag @POCOGlobal bersama tanda pagar #POCOCarnival. Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah eksklusif daripada POCO.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –