Menu

PerySmith Lancar AirStick Pro, Vakum Tiub Ultra-Langsing Pertama Jenama Malaysia

Alyaa 3 weeks ago

PerySmith secara rasmi memperluas rangkaian produknya di Malaysia menerusi pelancaran barisan baharu peralatan rumah yang diterajui oleh PerySmith AirStick Pro, sebuah vakum tanpa wayar dengan reka bentuk ultra padat.

Turut diperkenalkan ialah PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum, PerySmith Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1, PerySmith SteamPro G7 All-in-One dan PerySmith Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier. Kesemua inovasi ini boleh diselaraskan menerusi aplikasi PerySmith. 

PerySmith AirStick Pro Cordless Vacuum

Dengan berat hanya 900 gram, AirStick Pro hadir dalam reka bentuk berbentuk pensel yang ergonomik dan ultra padat. Vakum tanpa wayar ini menawarkan kuasa sedutan sehingga 100AW menerusi penggunaan Nano Brushless Motor, menggabungkan reka bentuk ringan dengan prestasi pembersihan yang berkuasa.

Reka bentuknya yang langsing membolehkan vakum ini dibaringkan rata di atas lantai untuk mencapai ruang sempit di bawah perabot. Ia turut dilengkapi berus lantai anti-kusut, aksesori mop yang membolehkan proses menyedut dan mengemop dilakukan secara serentak, serta bekas habuk yang boleh dikosongkan dengan hanya satu klik.

PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum

PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum menawarkan Sistem Pembersihan Pintar 3-dalam-1 yang mampu menyapu, menyedut dan mengemop dalam satu laluan.

Dikuasakan oleh Ultra Core Intelligent Chipset dengan kuasa sedutan sehingga 10,000Pa, robot vakum ini menggunakan teknologi AI TrueSight dan Gyro Quick Mapping untuk tujuan navigasi serta pemetaan ruang.

Ia turut menawarkan tempoh penggunaan bateri sehingga 160 minit, fungsi pengecasan pintar dengan auto-docking dan integrasi aplikasi. Pengguna boleh mengawal serta mengurus proses pembersihan lantai sepenuhnya menerusi aplikasi PerySmith.

PerySmith Ai23 3-in-1 Smart Steam Oven

PerySmith Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1 menggabungkan fungsi membakar, menggoreng menggunakan udara dan mengukus bagi memudahkan penyediaan pelbagai jenis hidangan.

Ketuhar pintar ini menggunakan teknologi pemanasan AI 3D Airflow untuk memastikan haba diagihkan secara sekata. Ia juga menawarkan 50 menu berprogram AI yang boleh dipilih menerusi panel LED interaktif.

Fungsi Pembersihan Auto menggunakan wap bersuhu tinggi untuk membantu membersihkan ruang dalaman ketuhar, manakala pintu kaca tiga lapisan Low-E membantu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.

PerySmith SteamPro G7 All-in-One 

PerySmith SteamPro G7 All-in-One menggabungkan seterika dan papan seterika dalam satu penyelesaian lengkap.

Teknologi iPro Sense Anti-Burn membolehkan fabrik diseterika tanpa risiko terbakar. Pada masa sama, wap bertekanan 8 bar mampu menembusi fabrik untuk melicinkan kedutan pada kedua-dua belah pakaian dalam satu gerakan, selain membantu menghapuskan sehingga 99.9% kuman.

Tapak seterika Quantum Diamond yang tahan calar pula membolehkan seterika meluncur dengan lebih lancar di atas permukaan fabrik.

PerySmith Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier

PerySmith Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier membolehkan pengguna memantau dan mengurus kualiti udara dalaman dalam masa nyata menerusi aplikasi PerySmith dari mana-mana sahaja.

Penulen udara ini menawarkan liputan sehingga 1,600 kaki persegi dan dilengkapi tiga pilihan penapis H13 bertaraf perubatan. Penapis MedGuard direka untuk menapis habuk halus dan bahan pencemar, SmokeFree untuk mengurangkan bau serta asap, manakala TrueCare memberi perlindungan terhadap virus dan bakteria.

Teknologi Quantum Shield pula mampu menyingkirkan partikel bersaiz sekecil 0.25 mikrometer.

Harga dan Ketersediaan di Malaysia

Barisan produk baharu PerySmith ini akan mula tersedia pada 6 Ogos 2026 menerusi platform e-dagang rasmi di Shopee, TikTok Shop dan Lazada. Produk berkenaan turut dijual di semua kedai rasmi PerySmith serta menerusi rakan niaga peruncit di seluruh Malaysia.

Harga runcit disyorkan bagi setiap produk adalah seperti berikut:

  • PerySmith AirStick Pro: RM399
  • PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum: RM899
  • PerySmith Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1: RM899
  • PerySmith SteamPro G7 All-in-One Ironing Solution: RM699
  • PerySmith Ai13 Smart WiFi Air Purifier: RM1,299

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi PerySmith.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –