Menu

Perodua Turunkan Harga Axia Sehingga RM4,700, Berkuat Kuasa Serta-Merta

Alyaa 3 weeks ago

Perodua hari ini mengumumkan penurunan harga model Axia sehingga RM4,700, berkuat kuasa serta-merta. Axia merupakan kereta baharu paling mampu milik di Malaysia, dan penurunan ini menjadikannya lebih terjangkau kepada pembeli.

Penurunan tertinggi diberikan kepada varian permulaan Axia 1.0G, iaitu sebanyak RM4,700, menjadikan harganya kini bermula pada RM33,900 di Semenanjung Malaysia. Sementara itu, Axia 1.0X menerima pengurangan sebanyak RM1,500, diikuti Axia 1.0SE sebanyak RM1,000 dan Axia 1.0AV sebanyak RM500.

Berikut adalah senarai harga baharu, tidak termasuk kos insurans:

Semenanjung Malaysia

Model Harga Asal Harga Baharu Penurunan
Axia 1.0G RM38,600 RM33,900 RM4,700
Axia 1.0X RM40,000 RM38,500 RM1,500
Axia 1.0SE RM44,000 RM43,000 RM1,000
Axia 1.0AV RM49,500 RM49,000 RM500

Sabah & Sarawak

Model Harga Asal Harga Baharu Penurunan
Axia 1.0G RM40,600 RM35,900 RM4,700
Axia 1.0X RM42,000 RM40,500 RM1,500
Axia 1.0SE RM46,000 RM45,000 RM1,000
Axia 1.0AV RM51,500 RM51,000 RM500

Menurut Perodua, semakan harga ini merupakan hasil penambahbaikan berterusan dari segi kecekapan operasi syarikat. Penjimatan yang diperoleh disalurkan sepenuhnya kepada pelanggan, sejajar dengan usaha syarikat meringankan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi semasa.

“Harga baharu ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar atas kerjasama mereka dalam meningkatkan kecekapan kos demi manfaat bersama, bukan sahaja kepada pemain industri, malah seluruh rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengunjungi bilik pameran Perodua berdekatan atau menghubungi mana-mana penasihat jualan sah Perodua.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –